Apple Mencatatkan Keuntungan Tambahan RM27 Bilion Sejak Berhenti Menyertakan Aksesori Dalam Kotak
Apple berhenti memberikan kepala pengecas dan fon telinga dengan setiap pembelian iPhone sejak 2020. Alasan yang diberikan ialah bagi mengurangkan sampah elektronik kerana pengguna didapati tidak mengeluarkan dua aksesori ini dari kotak memandangkan majoriti sudahpun memilikinya sebelum ini. Dengan ini Apple berharap mereka dapat memenuhi sasaran menjadi lebih lestari menjelang 2030.
Menurut laporan The Mac Observer, selain menjadikan syarikat lebih lestari, ia turut meningkatkan keuntungan tambahan syarikat sebanyak $6.5 bilion (~RM27 bilion). Anggaran dilakukan berdasarkan penjimatan sekitar $35 sekotak dengan tidak lagi menyertakan kepala pengecas, fon telinga dan penggunaan kotak bungkusan yang lebih kecil. Selain itu Apple menjana pendapatan tambahan lagi apabila pelanggan membeli kepala pengecas dan aksesori audio baharu yang selema ini diberikan percuma.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment