Oppo K10 Akan Dilengkapi Snapdragon 680, Bateri 5000mAh
Siri Oppo K merupakan barisan peranti yang memberi tumpuan terhadap spesifikasi untuk keperluan harian, tetapi dijual pada harga yang kompetitif. Terbaharu, Oppo dalam perancangan untuk memperkenalkan variasi baharu di bawah sini. Dikenali sebagai Oppo K10, ia merupakan sebuah peranti dengan janaan cip Snapdragon 680. Ini adalah cip yang sama digunakan pada Realme 9i, Redmi Note 11s, Huawei Nova 9 SE dan lain-lain.
Selain daripada itu, ia juga menggunakan sistem tri-kamera yang lengkap dengan sensor utama sebesar 50MP. Kamera hadapan pula adalah 16MP yang turut dibekalkan dengan sokongan AI. Pada masa sama, peranti turut dibekalkan slot untuk SIM dengan sokongan sehingga tiga slot kad (nano SIM + nano SIM + microSD).
Kemudian, terdapat juga bateri 5,000mAh yang dikhabarkan mampu menjanjikan pengalaman penggunaan sebaiknya untuk sehari suntuk. Sebagai tambahan, bateri ini turut menyokong sistem pengecasan pantas 33W yang sangat membantu dalam memendekkan proses pengecasan semula peranti.
Buat masa ini, itu sahaja maklumat yang diketahui. Oppo K10 akan didatangkan dengan dua kemasan warna seperti hitam dan biru. Pelancaran rasmi dijadualkan berlangsung pada 23 Mac 2022 dan ia bakal diadakan di India. Seperti biasa, segala persoalan mengenai penawaran pada peranti bakal terjawab sewaktu pelancaran rasmi kelak.
Sumber : Oppo India
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment