Hi! Welcome Back and Stay Tune! IMAX Mendapatkan Bantuan Christopher Nolan Dan Jordan Peele Untuk Menghasilkan Kamera Baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

IMAX Mendapatkan Bantuan Christopher Nolan Dan Jordan Peele Untuk Menghasilkan Kamera Baharu


Di dalam dunia perfileman, hanya segelintir pengarah yang masih tegar melakukan penggambaran menggunakan filem seperti Quentin Tarantino, Wes Anderson dan Steven Spielberg. Bag “auteurs” ini filem menangkap lebih banyak maklumat berbanding kamera digital. Sebilangan kecil lagi seperti Christopher Noland dan Jordan Peele melakukan penggambaran dengan kamera IMAX dengan saiz 70mm yang lebih besar.

Lebih banyak maklumat imej boleh ditangkap bagi menghasilkan filem yang lebih sinematik tetapi kamera IMAX mempunyai kekurangan kerana ianya bising. Akibatnya penggambaran babak yang senyap tidak boleh dilakukan. IMAX mengumumkan kerjasama dengan Christoper Nolan dan Jordan Peele untuk menghasilkan kamera baharu yang memenuhi keperluan pembikin filem moden.

Selain dua pengarah ternama ini, kerjasama turut dilakukan dengan pengarah fotografi Hoyte van Hoytema (Tenet), Linus Sandgren (No Time to Die), Rachel Morrison (Black Panther), Bradford Young (Arrival), dan Dan Mindel (Star Trek). Spesifikasi kamera baharu ini belum lagi diumumkan.

Kekurangan kamera IMAX lain yang perlu diselesaikan ialah had rakaman selama lima minit sahaja dan kamera besar serta berat. Penggunaan kamera digital lebih popular sekarang kerana tiada had gelung filem fizikal yang perlu ditukar dengan kerap dan saiz lebih kompak. Steven Soderbergh telah menghasilkan filem High Flying Bird dan Unsane menggunakan iPhone. Sangat berbeza dengan filem blokbuster trilogi Ocean’s Eleven beliau yang menggunakan kamera filem.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.