Patung-Patung Android Di Googleplex Telah Dipindahkan
Secara tradisinya Google akan memperlihatkan patung Android pada skala sebenar setiap kali sistem operasi terbaru dilancarkan. Patung-patung ini kemudiannya diletakkan di Google Android Statues Square berhampiran pusat pelawat Googleplex Mountain View. Ia menjadi tarikan pelancong kerana patung-patung berwarna warni ini dikenali ramai.
Tetapi menurut ulasan beberapa pelawat beberapa hari yang lalu, hanya beberapa patung sahaja kini tinggal di taman tersebut. Patung yang tinggal juga kebanyakannya rosak dengan tangan Android Ice Cream Sandwich telahpun hilang. Tidak diketahui apa yang berlaku kepada patung-patung yang lain. Sama ada ia dipindahkan untuk dibaiki sebelum acara Google I/O Mei hadapan atau dibuang terus kerana sudah rosak teruk.
Semasa kami ke Googleplex pada tahun 2019, majoriti patung sudahpun agak kotor dengan bahagian dalaman dipenuhi lumut yang agak menjijikkan dan ada bahagian yang pecah. Dengan patung menjadi tarikan orang awam dan bersebelahan pusat membeli buah tangan Googleplex, kewujudannya dalam keadaan yang agak terabai boleh merosakkan imej Google.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment