Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rekaan Vivo X Note Tertiris Menunjukkan Kamera Belakang Berbentuk Bulat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rekaan Vivo X Note Tertiris Menunjukkan Kamera Belakang Berbentuk Bulat


Vivo baru-baru ini telah mengesahkan yang mana siri NEX kini diberhentikan, kemudiannya diganti dengan peranti siri X selepas ini. Bercakap lebih lanjut mengenainya, kini tular imej yang memaparkan rekaan untuk sebuah peranti Vivo di bawah siri berkenaan. Dikenali dengan nama Vivo X Note, ia ditemui menerusi laman web rasmi Vivo oleh salah seorang pengguna di Weibo.

Ia menunjukkan peranti dalam kemasan berwarna biru lengkap dengan panel belakang seakan berasaskan kulit. Turut kelihatan, terdapatnya modul kamera berbentuk bulat dengan sistem kuad-kamera yang disusun secara membulat. Rekaan ini hampir menyerupai lakaran peranti Vivo yang pernah tertiris sebelum ini. Menurut sumber, kamera ini terdiri dengan 48MP + 12MP + 8MP + 8MP.

Panel hadapan pula sejenis melengkung dan berlubang untuk peletakan kamera hadapan tunggal. Paparan ini turut sama menyokong pengimbas cap jari terbina sejenis ultrasonik 3D. Halaman produk turut menunjukkan spesifikasi pada peranti. Ia dijangka lengkap dengan pemproses Snapdragon 8 Gen1, memori 12GB RAM dan storan mencapai 512GB. Bateri yang disertakan adalah 5000mAh dengan pengecasan pantas 80W.

Buat masa ini, ia didakwa tersenarai sahaja tanpa perkongsian lebih lanjut mengenai tarikh pelancaran dan harga jualan. Namun begitu, ura-ura mengatakan ia mungkin diumumkan sekitar bulan hadapan.

Sumber: Sparrow News



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.