Spotify Turut Sedang Melihat Ke Arena NFT
Pelbagai gergasi teknologi telah mula melihat kepada teknologi rantaian-blok dan Web3, dan terbaru, Spotify turut tidak ketinggalan. Melalui pengiklanan pencari kerja baharu, Spotify dilihat sedang mencari mereka yang pakar dalam arena ini, terutamanya NFT.
Spotify dilihat tidak ingin ketinggalan dalam perkembangan terbaru dunia teknologi, serta tidak ingin kehilangan para artis daripada platform mereka.
Pada hari ini, terdapat beberapa platform yang memfokuskan kepada NFT dan muzik. Melaluinya, ia membolehkan artis menjana lebih pendapatan melalui lagu mereka – dan sering dipasarkan sebagai alternatif untuk Spotify. Beberapa artis telah turut melihat kepada NFT, termasuk seperti Snoop Dog.
Buat masa ini, Spotify masih tidak berkongsi sepenuhnya perancangan mereka dalam arena rantaian-blok ini.
Selain Spotify, Twitter dan Meta turut melihat kepada arena ini, dan melakukan pelaburan tinggi dalam pembangunan platform mereka yang menyokong pelbagai teknologi baharu Web3.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment