Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dell Memperkenalkan Dua Paparan Gaming Bersaiz 32 Inci – Dell G3223Q Dan Dell G3223D Pada Harga Permulaan RM2259 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dell Memperkenalkan Dua Paparan Gaming Bersaiz 32 Inci – Dell G3223Q Dan Dell G3223D Pada Harga Permulaan RM2259


Dell ialah sebuah jenama yang tidak asing lagi dalam industri pembuatan peranti, perkakasan dan aksesori komputer untuk tujuan produktiviti, gaming dan sebagainya. Terkini, syarikat tersebut dilihat memperkenalkan dua paparan skrin untuk gaming yang baharu, iaitu Dell G3223Q dan Dell G3223D.

Walaupun kedua-dua paparan ini menggunakan panel Fast IPS 32 inci yang sama, model G3223Q hadir dengan resolusi 4K dan kadar segar semula dengan kadar segar semula 144Hz, manakala model G3223D mempunyai resolusi 1440p dan kadar segar semula yang sedikit lebih tinggi pada 165Hz.

Dari segi olahan gamut warna, kedua-dua paparan ini mampu memaparkan 95 peratus gamut warna DCI-P3, dan model G3223Q hadir dengan sokongan untuk HDR600, manakala model G3223D mempunyai sokongan untuk HDR400.

Dari segi pilihan input pula, Dell G3223Q hadir dengan dua palam HDMI 2.1, satu palam DisplayPort 1.4, satu palam USB 3.2 Type-B, dua palam USB 3.2 Type-A dan satu palam audio 3.5mm. Untuk model Dell G3223D pula, ia hadir dengan dua palam HDMI 2.0, satu palam DisplayPort 1.4, satu palam USB 3.2 Type-C, dua palam USB 3.2 Type-A dan satu palam audio 3.5mm.

Menariknya, kedua-dua paparan ini hadir dengan sokongan AMD FreeSync, tetapi model G3223D dilihat hadir dengan sokongan untuk teknologi grafik NVIDiA GeForce juga.

Dell Malaysia dilihat sudahpun mula menawarkan kedua-dua paparan skrin gaming ini untuk pasaran tempatan, dimana model Dell G3223D dijual pada harga RM2259, manakala Dell G3223Q dijual pada harga RM3539.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.