Hi! Welcome Back and Stay Tune! Macam-macam cerita musim panas! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Macam-macam cerita musim panas!

malaysia-panas

Perubahan alam yang berlaku pada masa ini membuatkan ramai yang berasa tidak selesa sama ada di pejabat mahupun di rumah.

Jika sebelum ini mereka yang memiliki alat pendingin hawa akan menurunkan suhu apabila keadaan di dalam bilik sudah menjadi sejuk tetapi dalam keadaan sekarang pastinya ada yang akan mengekalkan suhu ke tahap yang paling rendah sehingga ke pagi.

Hendak dijadikan cerita, bukan sahaja manusia yang tidak tahan dengan keadaan seperti ini malah, makhluk ciptaan tuhan yang lain pun terkesan juga dengan perubahan fenomen yang berlaku.

Misalnya, haiwan berbisa dan makluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar juga turut menjelmakan dirinya.

Buktinya, mengambil contoh kejadian yang berlaku di Pengkalan Chepa, Kota Bharu semalam apabila seorang murid perempuan tahun satu meninggal dunia dipercayai akibat dipatuk ular ketika waktu rehat di sekolahnya.

Reptilia itu menjadi ganas dan keluar dari habitatnya disebabkan tidak senang dengan perubahan cuaca yang berlaku sekarang ini.

Sama ada ia diganggu atau menyerang mangsa kerana tidak mahu kehadirannya disedari manusia, yang pastinya kejadian itu merupakan satu insiden yang boleh dijadikan iktibar agar kita sentiasa berwaspada dalam keadaan sekarang.

Malah, di laman sosial terutama di Facebook ramai yang berkongsi gambar-gambar mengenai haiwan berbisa keluar mencari tempat perlindungan yang lebih selesa.

Menyorok di dalam kasut, masuk ke dalam rumah, melingkar di dalam mesin basuh merupakan antara imej yang dapat dilihat menerusi foto-foto yang diviralkan mengenai haiwan berbisa seperti ular, lipan dan kala jengking.

Di Kuantan, keseronokan pengunjung sebuah taman teman air terganggu apabila seekor biawak masuk ke salah sebuah kolam mandi dan berenang-renang di dalamnya.

Video mengenai kejadian itu tersebar dan melalui komen, ramai yang mengatakan reptilia itu mahu menyejukkan tubuhnya setelah tidak tahan dengan cuaca panas.

Begitu juga dengan satu kisah yang turut tersebar apabila seekor anak biawak menyejukkan badannya di celah-celah lubang air con dalam kejadian di Seri Andalas dekat Klang.

Pemilik rumah yang terkejut dengan kehadiran tetamu yang tidak diundang itu terpaksa mendapatkan khidmat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPAM) untuk mengeluarkan haiwan yang hidup dua alam itu dari celah jeriji alat pendingin hawa di rumahnya itu.

Dalam hal lain, di musim ini juga timbul pula cerita yang sukar untuk diterima akal apabila ada yang mendakwa ternampak ternampak hantu dan makhluk halus.

Kejadian yang berlaku di sebuah kampung di Melaka minggu ini apabila penduduk mendakwa ternampak makhluk halus menarik perhatian agensi media untuk melaporkannya.

Dakwaan itu sekaligus telah menyebabkan kampung berkenaan menjadi popular hingga membuatkan penduduknya pula berasa rimas.

Ia adalah gara-gara cerita penduduk yang mendakwa kampung mereka kini diserang pocong dan toyol.

Selagi cuaca tidak berubah seperti sediakala entah apa lagi agaknya yang akan berlaku selepas ini. Mungkin banyak perkara pelik akan keluar dan ia berlaku ketika cuaca panas.

Jika benarlah kejadian yang berlaku ini ada kaitannya dengan perubahan fenomena alam yang sedang melanda maka, kita harus sentiasa berhati-hati dalam apa jua bentuk dan keadaan.

P/S: Itu belum lagi cerita-cerita hangat tentang politik yang sememangnya lebih panas daripada cuaca.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1qYqfsk

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.