Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penganjur batal pesta Full Moon di Pulau Perhentian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penganjur batal pesta Full Moon di Pulau Perhentian

full-moon-partyPETALING JAYA: Penganjur telah membatalkan pesta ‘Full Moon Beach Party’ di Pulau Perhentian selama dua hari yang sepatutnya bermula malam tadi.

Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Zainal Abidin Mohamed berkata, pembatalan itu dibuat selepas pihaknya tidak membenarkan sebarang aktiviti hiburan melampau diadakan di negeri itu.

“Selepas kita (Majlis Daerah Besut) dan pihak polis keluarkan arahan untuk tidak membenarkan sebarang pesta di (Pulau Perhentian) mereka (penganjur) tidak meneruskan pesta tersebut yang sepatutnya bermula malam tadi,” katanya kepada FMT.

Zainal berkata, pihaknya membantu polis melakukan siasatan berhubung rancangan penganjuran aktiviti itu.

“Dalam siasatan ini pihak polis yang akan mengetuai siasatan dan kita akan turut membantu,” katanya.

Zainal sekali lagi menegaskan pihaknya tidak penah membenarkan mana-mana penganjur untuk melakukan aktiviti hiburan melampau di Pulau Perhentian.

“Kita tidak pernah membenarkan sebarang permit dan dari awal lagi kita sudah katakan bahawa kita tidak pernah keluarkan sebarang permit untuk aktiviti berkenaan, malah selepas ini kita akan melakukan pemantauan di pulau-pulau bagi mengawal gejala yang tidak senonoh dilakukan,” katanya.

Penganjuran pesta ‘Full Moon Beach Party’ di Pulau Perhentian Kecil dirancang diadakan pada 19 dan 20 April, namun rancangan tersebut mendapat bantahan pelbagai pihak kerana tidak sesuai dengan budaya tempatan.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1VDzCdF

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.