Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tambahan 1200 kamera AES dicadangkan KDN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tambahan 1200 kamera AES dicadangkan KDN

liow,awas

PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan tidak pernah mencadangkan penambahan 1,200 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara.

Sebaliknya, tegas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, cadangan itu dikemukakan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Liow yang dipetik Sin Chew Daily berkata, KDN mempunyai hak untuk mengemukakan sebarang cadangan berhubung keselamatan pengangkutan, namun Kementerian Pengangkutan tidak akan menerima cadangan itu secara terburu-buru.

“Cadangan itu bukan keputusan Kementerian Pengangkutan…apa-apa perkara perlu dibuat secara berperingkat-peringkat,” kata Presiden MCA itu selepas mesyuarat Majlis Presiden, hari ini.

Jelasnya, KDN mempunyai kamera di setiap lebuh raya dan ia tiada kaitan dengan Kementerian Pengangkutan.

“Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) sudah dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya, semalam dan mendapat sokongan anggota jawatankuasa itu.

“Selepas ini, Kementerian Pengangkutan akan menyediakan laporan untuk diserahkan kepada Kabinet, biar Kabinet tentukan sama ada boleh dilaksanakan atau sebaliknya,” katanya.

Menurutnya, tarikh pelaksanaan sistem itu hanya dapat ditentukan, selepas laporan itu diluluskan Kabinet dan Parlimen.

“Saya jangkakan laporan itu akan dibentangkan di mesyuarat Kabinet bulan depan,” katanya.

Tegasnya, tujuan Kementerian Pengangkutan memperkenalkan AWAS bukan untuk menghukum pengguna jalan raya, sebaliknya untuk mengurangkan kadar kemalangan.

“Meskipun ada kamera AWAS kelak, kami akan maklumkan kepada pemandu, contohnya meletakkan papan tanda 2 kilometer atau 1 kilometer di hadapan kamera itu, untuk memberi amaran kepada pemandu,” katanya sambil menambah, kerajaan tidak berniat menambah beban rakyat.

Beliau berkata, sama juga dengan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA), di mana kerajaan akan memberi amaran secukupnya, sebelum menggantung lesen pemandu.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1SSSrmK

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.