Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sindiket teroka hutan simpan kekal di Kelantan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sindiket teroka hutan simpan kekal di Kelantan

Jabatan Perhutanan Kelantan

KOTA BHARU: Jabatan Perhutanan Kelantan mendapati, tanah seluas 7,284 hektar di Hutan Simpan Kekal (HSK) di Kelantan diteroka secara haram oleh sindiket, sebelum tanah itu dijual secara lot kepada orang ramai.

Pengarahnya, Zahari Ibrahim berkata, daerah yang terjejas teruk adalah di Gua Musang melibatkan keluasan 3,840 hektar dengan 404 hektar daripadanya adalah HSK Ulu Galas dan HSK Batu Papan.

Dalam operasi yang dilakukan sepasukan 34 anggota penguat kuasa Jabatan Perhutanan Kelantan semalam mendapati, penerokaan dua kawasan HSK terbabit didalangi sindiket yang diketuai individu berasal dari Pahang dan Terengganu.

Jelasnya, sindiket itu menipu orang ramai dengan mendakwa penerokaan kawasan terbabit mendapat kelulusan pihak Istana Kelantan.

“Melalui risikan dan maklumat awal, kita dapati sindiket ini menggunakan nama kerabat (diraja) untuk menipu orang ramai, dengan alasan ada kelulusan untuk pembukaan perkampungan di Hutan Simpan Kekal Ulu Galas,” katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini.

Zahari berkata, dalam operasi terbabit, pihaknya menyita jentera dan peralatan untuk meneroka kebun, ladang getah dan kelapa sawit secara haram serta menahan tiga penduduk tempatan yang berada di kawasan HSK Ulu Galas.

Kesemua suspek terbabit akan didakwa di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) dan mereka juga didapati melanggar Enakmen Perhutanan Negeri Kelantan.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 dan penjara sehingga lima tahun.

Menurutnya, operasi itu antara beberapa siri penguatkuasaan jabatan itu yang dirancang khusus untuk membanteras aktiviti pencerobohan hutan simpan yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini.

Jelasnya, operasi kali ini menyasarkan kawasan `hotspot’, di mana sindiket itu dipercayai bergiat aktif menggunakan nama pihak istana bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan orang ramai.

“Hasil siasatan kita dapati, Pejabat Hutan Kelantan Selatan Gua Musang sudah beberapa kali membuat serbuan, tetapi modus operandi peneroka haram sentiasa berubah bagi mengelak dicekup serta masih berdegil, meskipun sudah beberapa kali ditahan dan peralatan disita,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi berkaitan akan terus memperhebatkan operasi bagi membanteras kegiatan sindiket berkenaan.

Sementara itu, Zahari mengingatkan orang ramai bahawa HSK adalah kawasan tertutup dan orang ramai dilarang menerokanya.

– BERNAMA



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/26ev3u1

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.