Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei P9 Dilancarkan Di Rantau Asia Tenggara, Ke Malaysia Tidak Lama Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei P9 Dilancarkan Di Rantau Asia Tenggara, Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Huawei hari ini telah mengadakan acara khusus untuk pelancaran keluarga peranti Huawei P9 di rantau Asia Tenggara, sekaligus memperlihatkan telefon pintar berkenaan bakal hadir ke pasaran tempatan dalam masa terdekat.

Huawei P9

Huawei P9 telah mencuri perhatian ramai pengguna seluruh dunia memandangkan ia hadir dengan dwi-kamera belakang, dan pada masa yang sama menggunakan penjenamaan Leica pada kamera belakang mereka.

Huawei P9

Huawei P9 hadir dengan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan resolusi HD penuh, dijana menggunakan cip pemprosesan tersendiri daripada Huawei, iaitu Kirin 955. Huawei menyediakan dua variasi peranti, iaitu 3GB RAM dengan 32GB ruangan storan atau 4GB RAM dengan 64GB storan.

Untuk rakaman gambar, Huawei menyertakan kamera belakang 12-megapixel dengan sokongan PDAF (Phase Detection Autofocus), dan Flash dua tona. Untuk rakaman kamera hadapan, Huawei menyertakan kamera 8-megapixel.

Huawei P9

Huawei P9

Huawei P9

Seperti kebanyakkan telefon pintar di pasaran hari ini, Huawei turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari pada telefon pintar ini, disamping ia hadir menggunakan port pengecasan USB Type-C.

Dari segi perisian, Huawei P9 menggunakan Android 6.0 Marshmallow dan antaramuka tersendiri daripada Huawei, dinamaka EMUI 4.1.

Disamping Huawei P9, pihak Huawei turut memperkenalkan dua lagi variasi peranti mereka, iaitu Huawei P9 Lite dan juga Huawei P9 Plus. Ini adalah kali pertama Huawei memperlihatkan telefon pintar Huawei P9 Lite kepada umum selepas mengumumkannya tidak lama sebelum ini. Ia hadir dengan rekaan berasaskan polikarbonat, disamping hanya menyertakan satu kamera sahaja di belakang.

Dari segi spesifikasi, Huawei P9 Lite menggunakan skrin 5.2-inci dengan cip pemprosesan Kirin 650, memori 3GB RAM dan ruangan storan 32GB. Peranti ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3000mAh, dan menggunakan mikro-USB.

Huawei P9 Plus pula merupakan sebuah telefon pintar bersaiz sedikit besar, iaitu berskrin 5.5-inci dengan paparan HD penuh. Menariknya, ia turut hadir dengan sokongan Press Touch (seakan 3D Touch). Huawei P9 Plus turut menggunakan cip pemprosesan Kirin 955 dan memori 4GB RAM, selain ruangan storan bermula 64GB. Dengan peranti bersaiz besar, ia turut hadir dengan kapasiti bateri lebih besar iaitu 3400mAh. Huawei P9 Plus turut menggunakan dwi-kamera dibelakang dengan sokongan Leica, dan kamera hadapan 8-megapixel.

Pihak Huawei masih tidak berkongsi mengenai tarikh jualan rasmi peranti tersebut di Malaysia, tetapi ia dijangka hadir ke pasaran tempatan sekitar penghujung bulan Mei ini.



Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/1rqL2Vu

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.