Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis pantau tadika ‘militan’ sejak 2015 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis pantau tadika ‘militan’ sejak 2015

polis-tadika

PETALING JAYA: Polis sedang memantau tadika “militan” di Kota Damansara sejak tahun lalu.

“Kami telah menyiasat sekolah itu sejak tahun lalu. Jika kami dapat kumpul bukti mencukupi yang mencadangkan ideologi-ideologi (militan) sedemikian diajar kepada kanak-kanak, kami akan bertindak,” kata Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun kepada Malay Mail.

Fuzi berkata, polis sedang memantau tadika-tadika di seluruh negara bagi memastikan ia tidak dijadikan pusat latihan tentera kanak-kanak.

Gambar murid-murid tadika yang didakwa mempengaruhi kanak-kanak menjadi militan itu dimuat naik ke akaun Instagram beberapa guru tadika, dengan seorang daripadanya adalah guru di tadika terbabit.

Seorang aktivis yang juga peguam, Siti Kasim kemudiannya mempersoalkan aktiviti tadika itu.

Satu lagi gambar menunjukkan kanak-kanak berpakaian jubah dan tudung serta memegang bendera Palestin.

Menurut Siti, guru itu pernah menuntut di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) di Terengganu yang didakwanya adalah cawangan Jemaah Islamiyah.

“Islam apa yang anda fikir mereka ajar kanak-kanak ini? Saya harap pihak berkuasa siasat perkara ini,” katanya dalam Facebooknya.

Netizen turut menyuarakan kebimbangan mereka dan menggesa pihak berkuasa menyiasat jenis kurikulum yang digunakan tadika itu.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/24sM6Kk

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.