London mungkin pilih datuk bandar Islam
LONDON: London dijangka menjadi negara pertama di Kesatuan Eropah akan menerima datuk bandar beragama Islam, jika Sadiq Khan dipilih ke jawatan itu.
Berdasarkan tinjauan pendapat akhir semalam, Sadiq yang merupakan ahli Parlimen pembangkang Britain daripada Parti Buruh mendahului pencabarnya, Zac Goldsmith dengan kelebihan 12 atau 14 mata di sebalik usaha mengaitkan beliau dengan pelampau.
AFP memetik Sadiq sebagai berkata, beliau berharap untuk menang bagi membolehkannya menyatukan semula kota London.
“Saya berharap saya menang, saya akan menjadi datuk bandar yang menyatukan bandar ini semula dan membawa masyarakat di sini bersama-sama,” katanya.
Pada masa sama, Sadiq menyelar perjalanan kempen lawan yang bersifat memecahbelahkan hingga memaksanya berulang kali mempertahankan diri daripada dakwaan beliau gagal mengecam pelampau Islam.
“Saya kecewa apabila Parti Konservatif dan Zac Goldsmith memutuskan untuk melakukan kempen negatif, memecahbelahkan yang bersifat terdesak,” katanya seperti dilaporkan AFP.
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1UABsLD
Post a Comment