Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ultras Kedah kecewa KFA tolak tajaan RM30 juta ‘terlajak laris’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ultras Kedah kecewa KFA tolak tajaan RM30 juta ‘terlajak laris’

kfa_600
PETALING JAYA: Ultras Kedah kecewa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menolak tawaran tajaan berjumlah RM30 juta daripada D’Herbs Healthy Sdn Bhd (D’Herbs).
Penyokong Kedah juga mendesak KFA mendedahkan syarat dikemukakan D’Herbs yang tidak mampu dipenuhi KFA demi memuaskan hati seluruh rakyat negeri jelapang padi itu.
Jurucakap kumpulan itu, Firdaus Ismail berkata, KFA sepatutnya menyambut baik hasrat Pengasas D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang ingin membantu membangunkan pasukan bola sepak Kedah.
“Sebagai peminat kami kecewa dengan berita penolakan tajaan itu. Kami mengalu-alukan D’Herbs dan Datuk Aliff nampak bersemangat apabila beberapa kali turun ke stadium dengan memakai jersi Kedah dan duduk bersorak bersama penyokong Kedah.
“Malah, pemilik D’Herbs juga menekankan tajaan itu bertujuan membangunkan bola sepak Kedah bermula di peringkat akar umbi.
“Kami juga desak KFA mengotakan janji untuk terus mendapatkan dana membangunkan bola sepak Kedah susulan penolakan itu,” katanya kepada FMT.
Semalam, Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar mengumumkan tawaran tajaan berjumlah RM30 juta daripada D’Herbs ditolak kerana sukar memenuhi syarat ditetapkan syarikat kosmetik itu.
Aliff Syukri dalam kenyataannya semalam berkata, beliau kecewa dengan keputusan KFA yang dibuat tanpa perbincangan dengan pihaknya.
Pada masa sama, beliau juga keliru dengan tindak-tanduk KFA, memandangkan persatuan itu pernah memaklumkan akan mengadakan perbincangan dua pihak berhubung penajaan itu, sebelum membuat keputusan muktamad.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/26VD0EL

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.