Hi! Welcome Back and Stay Tune! Padah Bagi Orang Tak Kenal Pegang Anaknya, Lihat Apa Berlaku Pada Bayi Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Padah Bagi Orang Tak Kenal Pegang Anaknya, Lihat Apa Berlaku Pada Bayi Ini



1

 

Padah Bagi Orang Tak Kenal Pegang Anaknya, Lihat Apa Berlaku Pada Bayi Ini | Kejadian yang mahu saya ceritakan ini baru sahaja berlaku semalam. Saya sampai di kampung dalam jam 6 petang semalam. Anak saya yang berusia 3 bulan elok saja disambut oleh atok dan neneknya.

Selepas saja selesai mandi, saya pakaikan baju, sampailah datang seorang makcik ini ke rumah kami. Tiba-tiba saja dia pun masuk ke bilik, tengok anak saya yang tersengih saja tengok makcik ini. Anak dah pandai minta dukung. Makcik pun pun sukalah, terus dukung anak dan bawa ke ruang tamu.

Beberapa minit kemudian, anak saya menangis tak berhenti-henti. Saya pujuk, tak layan sebab saya tahu anak saya bila dipujuk akan berhenti menangis. Tetapi ini tidak, saya terus suruh suami azan. Masih juga menangis tak henti-henti. Saya bacakan surah-surah pun tak berhasil. Sampailah kami sekeluarga menjadi panik.

Terus tengok jam, jam 7 malam. Terus cakap pada nenek, maghrib tadi makcik ini datang. Entah-entah ada benda. Puas atok dan nenek serta suami pujuk ke depan belakang rumah, tetap sama.

Terus suami saya ajak pergi dari rumah itu.

“Dah! Jom keluar dari rumah ini!”

Saya ketakutan sebab dah maghrib. Suami paksa juga keluar dari rumah. Dengan apa yang sempat dicapai, dengan berkaki ayamnya, kami terus masuk kereta dan pergi ke rumah mak saya di kampung sebelah.

Dalam perjalanan, kami baca ayatul qursi sekuat-kuat hati bersama-sama. Saya hembus umbun-umbun, ulang sampai anak berhenti menangis.

“Pergi kau!!” saya jerit dengan kuat.

Terus anak saya teresak-esak, tersedu-sedu dan terus tidur. Sampai di rumah mak, saya menangis dan ceritakan apa yang telah berlaku.

Mak suruh saya beringat, anak kecil jangan diberi orang sentuh masa datang maghrib tetapi sebelum ini saya selalu peka tentang hal ini terutamanya suami balik kerja malam. Tadi, tak tahu mengapa saya boleh terlupa.

The post Padah Bagi Orang Tak Kenal Pegang Anaknya, Lihat Apa Berlaku Pada Bayi Ini appeared first on Media Sensasi.



Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan http://bit.ly/klikebook

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.