Hi! Welcome Back and Stay Tune! PAS tak makan ugutan – Zuhdi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PAS tak makan ugutan – Zuhdi

pas-ugutan

KUALA LUMPUR: PAS tidak terguris dengan parti sekutunya dalam pembangkang walaupun diugut.

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, sebagai sebuah parti yang matang PAS tidak sesekali termakan dengan ugutan mana-mana pihak, termasuk sekutunya PKR.

“PAS tidak makan ugutan. Lihat presiden juga tegas bahawa tidak takut diugut. Kita sudah biasa tidak ada kerajaan dan berkerajaan. Maka kita tidak risau dengan segala ugutan. Itu yang ditunjukkan oleh presiden,” katanya selepas menghadiri mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti itu malam tadi.

Zuhdi berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi kata dua kepada tiga EXCO PAS supaya meletak jawatan sekiranya parti Islam itu berkeras menurunkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Walaupun Azmin telah menafikan, namun Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengesahkan dakwaan itu benar, selepas Azmin dikatakan mendapat tekanan daripada pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang mahu meletakkan calon mereka.

Zuhdi menambah, PAS juga tidak mudah melatah dengan melancarkan serangan balas terhadap tindakan Azmin itu sebaliknya mereka mengambil pendekatan tunggu dan lihat sama ada perkara itu akan berlaku atau ia sekadar khabar angin sahaja.

Malah katanya, serangan Azmin itu tidak akan sesekali menjejaskan hubungan PAS dan PKR yang masih terjalin menerusi pentadbiran kerajaan Selangor.

“Kita masih di dalam kerajaan. Kalau turun berkempen di Sungai Besar, kita akan turun sebagai kerajaan juga. Walaupun DAP masuk (bertanding) pun, PH masuk pun, maknanya mereka dan kita sebagai kerajaan,” katanya.

Bukan itu sahaja, Zuhdi juga memaklumkan kedudukan tiga EXCO PAS Selangor masih ‘selamat’ memandangkan pemecatan hanya boleh dibuat dengan mendapat perkenan Sultan Selangor.

“(Kedudukan) EXCO tidak terjejas melainkan dengan perkenan Sultan Selangor. Menteri Besar kena minta perkenan sultan jika beliau mahu pecat. Selagi tidak mendapat perkenan sultan, beliau tidak boleh pecat,” tegasnya.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1s3DKaL

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.