PRK: BN tidak bersandar pada kelemahan lawan untuk menang
KUALA KANGSAR: BN diingat jangan terlalu mengharap kelemahan yang ada pada pembangkang untuk meraih kemenangan pada PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Ahmad Maslan berkata BN mempunyai banyak kekuatan dan kelebihan termasuk memiliki dasar dan rekod pencapaian yang baik.
“Kita perlu promosi kekuatan yang ada pada BN, bukan berharap dengan kelemahan pihak lawan. BN juga semakin bersatu padu berbanding pembangkang yang semakin berpecah.
“Contoh kelemahan pembangkang apabila mereka tidak sepakat untuk menamakan calon, maka timbulnya pertembungan tiga penjuru,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pejabat Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu (Perdasama) Perak di sini semalam.
Terdahulu, Ahmad yang juga timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri melawat perusahaan labu sayong di Kepala Bendang Sayong di sini.
Katanya BN juga mempunyai pemimpin yang banyak berjasa kepada negara dan rakyat seperti penyandang Parlimen Kuala Kangsar allahyarham Datuk Wan Khai-ril Anuar Wan Ahmad dan Sungai Besar, allahyarham Datuk Noriah Kasnon.
Dua ahli Parlimen itu maut dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun ini manakala penamaan calonnya pada 5 Jun.
-BERNAMA
Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1XLkdIp
Post a Comment