Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perompak putih mata gara-gara panik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perompak putih mata gara-gara panik

KFC

PETALING JAYA: Dua perompak terpaksa berputih mata, selepas cubaan merompak sebuah restoran makanan segera di Johor gagal.

Menurut laporan China Press, kejadian itu berlaku di restoran KFC Jalan Sasa 6, Taman Gaya di Ulu Tiram pada jam 7 malam Ahad.

Ketika kejadian, seorang daripada penjenayah yang bersenjatakan pistol itu menyerbu restoran terbabit dan mengarahkan kakitangan di kaunter menyerahkan wang tunai.

Sin Chew Daily melaporkan, seorang lelaki berbangsa Cina berusia 30 tahun yang ternampak perompak berkenaan melalui tingkap di kedai kopi sebelah segera meluru ke restoran itu dan membaling sebuah kerusi ke arah penjenayah terbabit.

Lelaki yang dipercayai seorang pemilik premis di kawasan perniagaan itu bagaimanapun cedera kerana ditembak perompak berkenaan di kaki kirinya.

Gara-gara panik, perompak itu memecut keluar dari restoran terbabit dengan tangan kosong sebelum menaiki motosikal yang ditunggang rakan sejenayahnya.

Polis kemudiannya mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada sebuah kedai perkakasan berhampiran yang berjaya merakamkan kejadian itu.





Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1XLnyXR

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.