Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Mengambil-Alih Tidal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Dilaporkan Dalam Perbincangan Untuk Mengambil-Alih Tidal

Tidal merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik yang memfokuskan kepada penawaran muzik pada audio berkualiti tinggi, disamping mempunyai kerjasama dengan pelbagai artis popular antarabangsa. Perkara ini membuatkan ia sedikit unik, dan turut menjadi sasaran pengambil-alihan beberapa syarikat.

Sebelum ini, kita telah mendengar Samsung telah berjumpa dengan Tidal beberapa kali untuk berbincang bagi mengambil-alihnya. Kini, menurut WSJ, Apple turut dikatakan berminat untuk mengambil-alih perkhidmatan Tidal ini.

TIDAL

Buat masa ini, ia dikatakan masih pada peringkat perbincangan, dan ada kemungkinan pihak Apple tidak mengambil-alihnya.

Apple sendiri boleh dikatakan sedikit tertinggal dalam perkhidmatan penstriman muzik yang kini didahului oleh Spotify. Namun, mereka dilihat mampu membuat pelbagai pelaburan tinggi untuk memenangi pasaran berkenaan.

Tidal juga, dengan penawaran audio berkualiti tinggi dan beberapa artis eksklusif, ia masih gagal untuk menarik ramai pengguna beralih ke perkhidmatan mereka berbanding Spotify dan beberapa yang lain.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2996sTT

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.