Setem Antarabangsa Diperkenalkan Pos Malaysia Untuk Mel Antarbangsa
Banyak perkara berlaku selepas pengenalan GST sebanyak 6% tahun lalu. Harga barangan semakin rendah, kualiti hidup rakyat Malaysia semakin makmur dan kutipan GST sebanyak RM 27 Billion digunakan dengan sewajarnya oleh pemegang amanah. Kini impak GST akan dirasai pula oleh mereka yang kerap menghantar surat ke luar negara.
Mulai 1 Oktober 2016, setem sedia ada tidak boleh digunakan untuk penghantaran mel ke luar negara. Pengguna perlu membeli setem antarabangsa yang bakal dikeluarkan kelak. Pada bahagian sisi kir setem ini tertera tulisan “International Antarabangsa”. Dua setem berbeza dihasilkan bagi mematuhi peraturan GST yang memerlukan dua setem berasingan untuk kegunaan domestik dan antarabangsa.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29wzgBs
Post a Comment