Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tayar Liddiard Membolehkan Kereta Bergerak Mengiring Seperti Ketam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tayar Liddiard Membolehkan Kereta Bergerak Mengiring Seperti Ketam

Meletakkan kenderaan secara selari ialah antara yang paling sukar ketika mengambil ujian memandu. Kami hampir gagal ujian ini dua dekad yang lalu kerana stereng kereta ujian yang lebih keras dari yang sering dipandu di sekolah memandu. Sehingga sekarang sekiranya diberikan pilihan tempat letak kereta selari dan sisi, kami akan memilih pilihan kedua.

William Liddiard seorang pencipta dari Kanada berjaya menghasilkan Liddiard Wheels. Tayar ini unik kerana membolehkan kereta anda bergerak secara mengiring seperti ketam. Kepada yang phobia dengan tempat letak kereta selari ini ialah tayar yang memudahkan proses parkir. Selain bergerak secara mengiring, tayar ini membolehkan kenderaan berputar 360 darjah dengan mudah. Buat masa ini tayar Liddard masih di peringkat prototaip dan memohon paten. William Liddiard masih mencari pelabur bagi menjadikan ciptaan beliau ini sebuah produk yang boleh dibeli secara komersial.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/296ADu1

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.