Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ucapan SMS Whatsapp Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2016 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ucapan SMS Whatsapp Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2016

Ucapan SMS Whatsapp Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2016 | Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini akan tiba beberapa hari dari sekarang. Sememangnya kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak akan meriah tanpa diserikan dengan ucapan Hari Raya kepada ahli keluarga dan kawan-kawan.

Ucapan SMS Whatsapp Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2016Dengan kecanggihan teknologi yang ada masakini, penghantaran ucapan dengan menggunakan telefon bimbit kini menjadi trend seterusnya menggantikan fungsi kad raya.

Tanpa perlu membuang masa, apa kata kita terjah beberapa Ucapan SMS Whatsapp Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2016 yang dikongsikan oleh Media Sensasi di bawah ini khas buat tatapan para pengunjung setia blog ini.

Ucapan SMS Whatsapp Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2016

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata,
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf & dosa.

Kambing tua naik LRT
Katak pisang tercekik tulang
Walau SMS sahaja yang diberi
Itu tandanya ingatan tidak hilang

Bakar lemang sambil berdiri
Untuk juadah Aidilfitri
Nak hantar kad raya posmen dan cuti
SMS sahaja pengganti diri
Maaf Zahir dan Batin

Bila kata terselit dusta, bila sikap membekas lara,
bila langkah menoreh luka, semoga maaf dapat dipinta.
Selamat hari raya AidilFitri 1 Syawal 1437H Minal aidin
wal faizin. Mohon maaf zahir dan batin.

Ku pegang kau punya… kau pegang ku punya
Kuramas kau punya… kau ramas ku punya
Kugoncang kau punya… kau goncang ku punya (saspen)
Kemudian kita goyang bersama.
Itulah tanda kita bersalam mesra

Bila takbir raya bergema
Hari kemenangan umat berpuasa
Genangan airmata mengusik jiwa
Sepuluh jari saya hulurkan
Ampun maaf dipinta
Selamat hari raya.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami meyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.

Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.

Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yg x kena
TERtanya yg x tentu hala
TERsasul yg x sengaja
TERpukul kat mana2
TERpinjam harta benda
TERmoody x semena2
TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN

The post Ucapan SMS Whatsapp Dan Pantun Hari Raya Aidilfitri 2016 appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.






Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.