Bioshock The Collection Disahkan Akan Hadir Pada 13 September
Ura-ura kemunculan BioShock The Collection kami laporkan pada bulan April yang lalu. Ia adalah koleksi trilogi BioShock, Bioshock 2 dan BioShock Infinite yang menerima sentuhan remastered. Permainan ini disahkan akan hadir pada 13 September di Amerika Syarikat dan 16 September di seluruh dunia. Pembeli The Collection turut akan menerima kesemua DLC yang pernah dihasilkan untuk ketiga-tiga permainan.
Hanya dua versi pertama akan diberikan sentuhan remastered sebenar dengan tekstur, plasmid, senjata dan poligon watak yang dipertingkatkan. Ia boleh dibeli oleh pemilik PlayStation 4, Xbox One dan PC para harga jualan $59.99 sebuah. Kepada yang terlepas memilkinya dahulu, “would you kindly” membelinya September hadapan. Frank Fontaine akan berterima kasih dengan anda.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/297kl0j
Post a Comment