Hi! Welcome Back and Stay Tune! U Mobile Memperkenalkan Pakej P98 – 30GB Data Dengan Panggilan Tanpa Had Pada Harga RM98 Sebulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

U Mobile Memperkenalkan Pakej P98 – 30GB Data Dengan Panggilan Tanpa Had Pada Harga RM98 Sebulan

U Mobile hari ini telah menambah satu lagi pelan baru dibawah penawaran mereka, dinamakan sebagai Hero P98. Melalui pelan berkenaan, U Mobile menawarkan perkhidmatan internet dengan data sebanyak 30GB, selain turut hadir dengan sokongan Video Onz untuk penstriman video dari perkhidmatan terpilih tanpa had.

Disamping data sehingga 30GB, U Mobile turut menawarkan panggilan tanpa had untuk semua talian. Seperti biasa, U Mobile mempunyai FUP tersendiri supaya pengguna tidak menyalah-guna fungsi panggilan tanpa had ini.

U Mobile P98

Melengkapkan pelan ini juga adalah akses premium untuk salah satu perkhidmatan penstriman video secara percuma untuk tempoh antara 1 Julai 2016 hingga 31 Julai 2017 kelak.

Bagi anda yang menggunakan data yang banyak, mungkin kini anda boleh mendapatkan pelang P98 daripada U Mobile ini yang ditawarkan pada harga langganan bulanan RM98 – sekaligus menawarkan data sehingga 30GB, panggilan tanpa had dan langganan premium untuk penstriman video.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/29edsy5

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.