Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anak Bidayuh yang sudah berjaya perlu kembali berbakti kepada masyarakat Bidayuh - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anak Bidayuh yang sudah berjaya perlu kembali berbakti kepada masyarakat Bidayuh

KUCHING: Dalam dunia yang berubah pantas dan dipenuhi kecanggihan teknologi, masyarakat Bidayuh perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran supaya dapat bersaing dengan kaum lain.

Walaupun masyarakat Bidayuh merupakan kaum minoriti, ia tidak bermakna mereka tidak perlu berlumba mengejar pembangunan.

Menteri Belia, Sukan dan Solidariti Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata masyarakat harus bangkit menjadi penyumbang di koridor pembangunan Sarawak.

Bercakap pada majlis penyerahan Insentif Pendidikan Yayasan John Jinep (YJJ) di ibu pejabat Persatuan Dayak Bidayuh Kebàngsaan (DBNA) pada Isnin, Manyin berkata anak Bidayuh perlu mempunyai kelulusan akademik yang mantap setanding bangsa lain.

Sementara, pada majlis yang sama Presiden YJJ, Dato Henry Harry Jinep dalam ucapannya berkata anak Bidayuh yang berjaya merupakan harapan bangsa yang bakal jadi peneraju pembangunan bangsa Bidayuh.

Justeru, anak Bidayuh yang sudah berjaya, tidak harus lupa asal-usul, sebaliknya perlu kembali demi menyumbang dan berbakti kepada masyarakat.

Henry turut menasihati penerima insentif agar menggunakan peluang belajar di institusi pengajian tinggi sebaik mungkin.

Henry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tasik Biru menyifatkan walaupun jumlah insentif tidak seberapa, tetapi jadikan ia sebagai pembakar semangat untuk mencapai kejayaan.

Seramai 37 pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menerima insentif melanjutkan pelajaran di peringkat diploma, ijazah dan sarjana muda.

Yayasan John Jinep ditubuhkan 15 November 2015 khusus untuk komuniti Bidayuh setakat ini menyampaikan insentif kepada 53 pelajar sehingga Ogos. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.