Hi! Welcome Back and Stay Tune! Husam Musa umum masuk parti baru, malam ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Husam Musa umum masuk parti baru, malam ini

KUALA LUMPUR: Dalam kenyataan yang dihantar kepada SarawakVoice melalui media sosial, mantan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menulis “Esok, Saya Menyarung Jersi Baru!” mengesahkan beliau mengumumkan sesuatu pada malam ini.

Bertempat di Cyberjaya dan menjadi tetamu makan malam sebuah pertubuhan, Husam berhasrat menamatkan teka-teki pentantiannya selama ini.

Seperti terkilan selepas “tiada sebarang isyarat yang diterima, tiada semakan atas pemecatan” Husam mengesahkan beliau mengumumkan menyertai parti baru pilihannya malam ini, Selasa.

Berikut disiarkan teks kenyatan terbuka Husam tersebut secara penuh:

Esok, Saya Menyarung Jersi Baru!

Kini,  menghampiri empat bulan saya terpecat dari Pas.

Dalam tempoh itu, nampaknya tidak ada sebarang isyarat saya diterima semula. Tiada   semakan atas pemecatan saya. Surat penjelasan saya kepada Presiden Pas tidak berguna apa-apa.

Saya  menikmati tempoh bertenang. Sambil menemui anggota masyarakat untuk bertanya pandangan mereka. Terburu-buru adalah dari syaitan, kata Nabi SAW.

Memerhatikan apa yang berlaku. Merenung dan mencari petanda-petanda pedoman.

Nyata, negara menuju keadaan yang lebih kritikal dari sebelumnya.

Negeri kelahiran saya juga, tidak menjadi lebih baik selepas ombak pengislahan bermula 1990.

Wadah yang saya harapkan dulu, seakan-akan telah ‘terjual’. Tertambat dengan kejumudan tanpa inovasi, takwilan nas di luar relevansi, pelabelan dan syok sendiri, membelakangkan budaya argumentasi tetapi mengutamakan emosi, laungan tidak sama dengan aksi, terikat dengan umpan politik lawan dan gagal menerapkan agenda perjuangan yang lebih luas meliputi.

Berdiam diri bukanlah pilihan. Al-Quran mengelar orang yang duduk-duduk tanpa berbuat apa-apa sebagai al-Qa’idun.

Ia disinonimkan dengan perempuan yang lemah atau orang tua yang uzur.

Saya?

Mencari gua persembunyian dari kelelahan perjuangan akan sia-sia. Berpaling kerana kecewa belum diberikan kejayaan perjuangan, adalah sama dengan apa yang dialami Nabi Yunus AS ketika ditelan ikan dalam lautan. Tiga kegelapan menyelubungi baginda sebagai pengajaran untuk kita.

Sesekali, ketika fikiran terlintas untuk berehat dari mendayung perjuangan kerana digempur keberatan bebannya, kebimbangan atas  pedoman al-Quran melalui kisah Yunus AS itu menerpa.

Dunia bukan tempat istirahat.

Bersendirian? Juga bukan pilihan.

Empat bulan bukan singkat tetapi tidak pula tersangat panjang.

Di penghujung empat bulan penantian, saya memilih untuk menyertai bahtera baru untuk sama berganding  mencuba merealisasikan:  Islam Adalah Penyelesaian.

Yang lama dilaungkan tetapi belum menjadi realiti. Yang pernah sebahagian menjadi realiti, tetapi kini kabur semula.

Saya mencapai ketetapan, perjuangan Islam bukan hanya milik satu pihak, apa lagi satu parti.

Malam esok, bertempat di Cyberjaya, sebagai tetamu makan malam sebuah pertubuhan, saya berhasrat menamatkan masa penantian saya.

Dan mengumumkan parti baru pilihan saya.

Husam Musa

29 Ogos 2016

26 Dzulkaedah 1437



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.