Umno akui fakta Melayu dilihat gagal dalam banyak bidang terutama ekonomi
SHAH ALAM – Umno akui mengikut fakta Melayu dilihat gagal dalam banyak sektor terutamanya ekonomi di negara ini.
Namun Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii mengingatkan agar Melayu hari ini jauh lebih maju daripada Melayu zaman 70-an.
“Memang betul kalau ikut fakta, Melayu ini macam gagal tapi saya nak kembali kepada sejarah apabila kita rancang DEB (Dasar Ekonomi Baru).
“Sejak 70-an sampai hari ini, kita berjaya melahirkan orang Melayu bumiputera yg bijak pandai. Seluruh pemuda kita celik akal. Kemiskinan hampir tidak ada di negara kita,” katanya ketika menjadi panel pada Wacana Sinar siri ke-40, Politik Malaysia : Di Mana Melayu?, di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf semalam.
Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) pula menegaskan masalah utama orang Melayu pada masa ini adalah jenayah rasuah akibat sikap sebahagian pemimpin yang tidak jujur dan amanah.
Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, kedudukan ekonomi orang Melayu tidak akan terpinggir seperti pada masa ini jika tidak berlakunya rasuah dan ketirisan.
“Kita mahu Melayu yang macam mana? Kita mahu Melayu yang tidak kisah tentang rasuah? Kita mahu Melayu yang tidak rasa apa-apa dengan angka RM42 bilion (hutang ditanggung 1MDB)?” bidasnya, lapor Malaysia Dateline.
Shazni berkata, sesiapapun yang menjadi pemimpin perlu mengamalkan prinsip integriti dalam sistem bernegara di negara ini.
“Soalnya bagaimana kita menyedari rasuah itu satu dosa besar terutama ‘skrip’ dalam kalangan orang Melayu. Sebab rasuah negara jahanam, sebab rasuah tamadun jatuh.
“Soal beri atau terima rasuah tidak kiralah sama ada RM2.6 bilion mahupun RM10, (kedua-duanya) tetap rasuah,” jelasnya lagi dalam wacana dengan Nazri Kahar dari Astro Awani sebagai moderator.
Turut menjadi panel Ketua Srikandi PKR, Senator Aishah Shaik Ismail; Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari; Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii serta 1/7 Pengasas Parti Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
KLIK BACA: Nasib baik Mahathir kaki gaduh masih suka bergaduh
KLIK BACA: Samanlah Muhyiddin dan Gani Patail baru bukti boleh ditunjukkan!
KLIK BACA: Dakwaan RM1b dalam akaun PM: Mana bukti, soal TPM
KLIK BACA: Mufti Perlis difitnah wahabi, ayat Veteran Umno macam ‘menipu tesis’
KLIK BACA: Mahathir bukan suka gaduh tapi cakap perkara benar dan bijak
The post Umno akui fakta Melayu dilihat gagal dalam banyak bidang terutama ekonomi appeared first on Malaysia Stylo.
Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2bxH0aM
Post a Comment