Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kabong terputus bekalan elektrik lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kabong terputus bekalan elektrik lagi

KABONG: Masalah gangguan bekalan elektrik terus menghantui penduduk di sini apabila ia berlaku untuk tempoh kira-kira lima jam awal pagi tadi.

Bekalan elektrik terputus berlaku seawal jam 3.15 pagi dan berlarutan sehingga jam 8.25 pagi tadi.

kabong gelap lagi-0001

Tempoh gangguan bekalan elektrik yang berlaku dalam tempoh kira-kira lima jam itu sehingga ke saat ini tidak diketahui punca sebenar ia terjadi.

Akibat kerapnya berlaku terputus bekalan elektrik ini, penduduk kini menanggung banyak kerugian apabila banyak barangan elektrik rosak tanpa sebarang ganti rugi daripada pihak yang terlibat.

Gangguan bekalan elektrik juga turut merencatkan aktiviti yang telah disusun atur oleh penduduk terutama menjelang sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos ini.

Untuk rekod, sepanjang bulan Ogos sahaja gangguan bekalan elektrik berlaku hampir setiap hari dan kadang-kadang dalam tempoh selang sehari.

Seorang penduduk, Taim Amat, 56, berkata, dahulu gangguan bekalan elektrik sebegini dikira sebagai masalah teknikal biasa dan masih boleh diterima oleh penduduk.

kabong gelap lagi-0000

Namun keadaan yang berlaku sekarang sudah menjadi satu perkara luar biasa yang amat membebankan pengguna.

“Kami selaku pengguna dan peniaga gerai kopi berdepan banyak masalah apabila bekalan elektrik terputus. Peti sejuk tidak dapat digunakan, ais mencair, bahan makanan rosak dan peti sejuk pun rosak.

“Banyak perlatan elektrik kami sudah rosak. Segalanya memerlukan modal untuk membeli peralatan yang baharu,”ujarnya.

Sehubungan dengan itu penduduk dan pengguna di sini berharap kepada pihak yang berkenaan agar dapat menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera. – Sarawakvoice.com

kabong gelap lagi-0003



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.