Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syed Saddiq: Sudah sampai tahap Melayu malu mengaku Melayu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syed Saddiq: Sudah sampai tahap Melayu malu mengaku Melayu

Pengasas Bersatu, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, ini kerana Melayu sering dikaitkan dengan stereotaip yang menjatuhkan maruah kaum itu.

“Sebagai anak Melayu, saya sedih kerana Melayu sering dikaitkan dengan budaya rasuah, Melayu layu dan pelbagai lagi stereotaip yang menjatuhkan maruah orang Melayu. Sekarang dah sampai satu tahap di mana orang Melayu malu mengaku jadi Melayu.

“Saya percaya kita perlu wujudkan satu fenomena politik baharu di mana mereka nak kekalkan identiti Melayu tetapi dalam masa sama ingin mereformasikan institusi negara. Sebab itu kita tubuhkan Bersatu,” katanya dalam wacana Sinar Harian siri ke-40 berjudul ‘Politik Malaysia: Di Manakah Melayu?’, semalam.

Menurut beliau, walaupun Bersatu menggunakan platform Pribumi, parti itu memperjuangkan ideologi berlandaskan semangat kebangsaan.

“Contohnya, perjuangan kita adalah untuk menghapuskan rasuah dan memastikan kebebasan institusi demokrasi,” katanya.

Katanya lagi, negara juga kini sudah memasuki satu fasa politik baru iaitu politik integriti.

“Politik integriti ini buta warna, buta kaum. Jika kita lihat sekarang ada satu situasi di mana institusi yang boleh mewarnakan masa depan anak muda dibelakangkan.

“Tidak boleh, ini mesti dihentikan. Jangan sesekali guna nama Melayu untuk halalkan cara yang tidak betul,” katanya.

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) pula menegaskan masalah utama orang Melayu pada masa ini adalah jenayah rasuah akibat sikap sebahagian pemimpin yang tidak jujur dan amanah.

Naib Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, kedudukan ekonomi orang Melayu tidak akan terpinggir seperti pada masa ini jika tidak berlakunya rasuah dan ketirisan.

“Kita mahu Melayu yang macam mana? Kita mahu Melayu yang tidak kisah tentang rasuah? Kita mahu Melayu yang tidak rasa apa-apa dengan angka RM42 bilion (hutang ditanggung 1MDB)?” bidasnya, lapor Malaysia Dateline.

Shazni berkata, sesiapapun yang menjadi pemimpin perlu mengamalkan prinsip integriti dalam sistem bernegara di negara ini.

“Soalnya bagaimana kita menyedari rasuah itu satu dosa besar terutama ‘skrip’ dalam kalangan orang Melayu. Sebab rasuah negara jahanam, sebab rasuah tamadun jatuh.

“Soal beri atau terima rasuah tidak kiralah sama ada RM2.6 bilion mahupun RM10, (kedua-duanya) tetap rasuah,” jelasnya lagi dalam wacana dengan Nazri Kahar dari Astro Awani sebagai moderator.

Turut menjadi panel Ketua Srikandi PKR, Senator Aishah Shaik Ismail; Ketua Penerangan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari; Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Razlan Rafii serta 1/7 Pengasas Parti Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

KLIK BACA: Nasib baik Mahathir kaki gaduh masih suka bergaduh

KLIK BACA: Samanlah Muhyiddin dan Gani Patail baru bukti boleh ditunjukkan!

KLIK BACA: Dakwaan RM1b dalam akaun PM: Mana bukti, soal TPM

KLIK BACA: Mufti Perlis difitnah wahabi, ayat Veteran Umno macam ‘menipu tesis’

KLIK BACA: Mahathir bukan suka gaduh tapi cakap perkara benar dan bijak

The post Syed Saddiq: Sudah sampai tahap Melayu malu mengaku Melayu appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2bx46N3

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.