Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelajar maut: Amanah gesa Kementerian Pendidikan, sekolah tubuhkan Jawatankuasa Keselamatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelajar maut: Amanah gesa Kementerian Pendidikan, sekolah tubuhkan Jawatankuasa Keselamatan

KUALA LUMPUR: Ekoran tragedi kemalangan maut melibatkan pelajar lelaki tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9 yang jatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah, pihak Kementerian Pendidikan dan sekolah digesa melakukan Audit Keselamatan (Safety Audit).

Menurut Naib Pengerusi yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Melaka, Sofi Wahab, sebelum ini beliau pernah menggesa Kementerian Pendidikan agar melaksanakan Audit Keselamatan setelah berlaku dua kematian pelajar di kawasan sekolah sebelum ini.

Kejadian pertama, seorang pelajar meninggal dunia terjatuh ke dalam kolam kumbahan dan kejadian kedua, pelajar dihempap tiang gol.

Dalam kenyataan media yang dihantar kepada SarawakVoice semalam, Sofi mempersoalkan, “adakah kita semua khususnya keluarga pelajar dan pihak berwajib mahu berdiam tanpa apa-apa tindakan sehingga satu demi satu kemalangan berlaku.”

Selain itu, Sofi dalam kenyataannya menegaskan agar Kementerian Pendidikan dan sekolah turut menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan (Safety Committee) di setiap sekolah.

“Kementerian juga perlu melaksanakan Pengurusan Risiko (Risk Management) ke atas apa jua potensi kemalangan serta Analisa Aspek Impak (Aspect Impact Analysis),” kata Sofi.

Selain itu, perlu dilaksanakan Langkah Pembetulan dan Pencegahan ke atas apa juga dapatan daripada audit berkenaan.

“Kita semua wajib berikhtiar dan berusaha mengelak kemalangan. Setelah segala usaha dilakukan kita bertawakal, berserah serta berdoa kepada Allah,” kata Sofi dalam kenyataannya. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.