Atlet Korea Utara Dihalang Dari Menerima Samsung Galaxy S7 Edge Edisi Olimpik
Sebagai penaja rasmi Olimpi 2016 di Rio, Samsung menghasilkan Samsung Galaxy S7 Edge edisi khas Olimpik. Warna peranti dan antaramuka diubah menggunakan warna gegelung Olimpik. Kesemua 12500 atlet yang hadir ke temasya ini menerima peranti ini sebagai buah tangan penyertaan mereka kecuali atlet dari Korea Utara. Menurut laporan Radio Free Asia, 31 unit peranti yang sepatutnya diberikan kepada atlet dirampas oleh pegawai sukan Korea Utara yang menemani mereka.
Peranti dirampas kerana khuatir menjadi alat intipan oleh Korea Selatan ke atas negara mereka. Pada waktu yang sama peranti ini memberikan mereka akses kepada astaka Samsung di perkampungan sukan. Astaka ini mempamerkan kejayaan Samsung sebagai syarikat dari Korea Selatan yang bertaraf dunia. Pegawai sukan propaganda khuatir ini akan mempengaruhi atlet negara pimpinan Kim Jong Un.
Perang Korea tidak pernah berakhir sejak meletus pada tahun 1950. Hubungan diplomatik antara kedua-dua negara masih tegang walaupun gencatan senjata dipersetujui pada tahun 1953. Selagi mereka tidak bersatu semula, selagi itulah juga saudara sebangsa ini tidak akan berdamai.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2aPg55B
Post a Comment