Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Kelantan diarah peka, elak negeri itu jadi transit IS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Kelantan diarah peka, elak negeri itu jadi transit IS

ab rahman

KOTA BAHARU: Semua anggota polis di Kelantan diarahkan sentiasa peka dengan perkembangan di sekeliling mereka bagi mengelak negeri itu menjadi transit kepada suspek yang terbabit dengan kegiatan militan Islamic State (IS).

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata tangkapan dua suspek disyaki terbabit dengan kegiatan militan IS di kawasan berbukit di Kuala Krai pada 9 Ogos lalu, membuktikan wujud elemen kumpulan berkenaan menjadikan negeri itu sebagai tempat persembunyian mereka.

“Kedudukan Kelantan yang berjiran dengan Thailand adalah antara sebab pihak berkuasa meningkatkan tahap keselamatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Ab Rahman berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengenai sembilan suspek terbabit dengan militan IS ditahan dalam operasi antara 20 Julai hingga 9 Ogos lepas di Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Kelantan.

Dua suspek yang dikehendaki atas kes letupan bom di sebuah pub di Puchong ditahan dengan bantuan Platun Tiger, Batalion 8, Pasukan Gerakan Am di Kuala Krai pada 9 Ogos.

Ab Rahman berkata aktiviti militan IS adalah ancaman kepada keselamatan negara dan polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas pihak yang disyaki terbabit.

“Di Kelantan, saya sudah mengarahkan setiap anggota polis supaya jangan mengambil mudah ancaman ini dan meningkatkan tahap keselamatan di balai polis,” katanya.

Beliau berkata bangunan kerajaan, pusat membeli belah dan kawasan awam adalah sasaran mudah kepada kumpulan militan, maka pemantauan dan kawalan perlu ditingkatkan.

 





Mukah Pages bring you trending news media Free Malaysia Today http://ift.tt/2aJv7OG

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.