Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Berpantang Selepas Kematian Anak Bukanlah Suatu Perkara Yang Mudah’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Berpantang Selepas Kematian Anak Bukanlah Suatu Perkara Yang Mudah’

Kematian di sini saya maksudkan jika sang ibu melahirkan anak yg sudah meninggal dunia, mahupun buat mereka yang anaknya meninggal beberapa jam/hari selepas dilahirkan.

Ibu2 ini perlu berpantang meskipun tanpa anak sepanjang tempoh berpantang. Berpantang ni untuk si ibu. Bukan si anak.

Tanamkan niat di dalam diri, kalian berpantang untuk kembali sihat. Bukan sahaja secara fizikal. Tetapi juga secara mental.

Saya tahu. Saya faham. Kerana saya sendiri melalui fasa berpantang tanpa anak. Kesedihan yang dirasai akan membuatkan kita ” tawar hati” untuk menjaga diri kita sendiri.

Tetapi fikirkan tentang masa hadapan. Anak yang telah pergi telah selamat menjadi saham kita. Dan kita harus meneruskan tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah dengan menjaga badan yang Allah amanahkan kepada kita.

Bukan sahaja perokok yang akan disoal siasat mengapa menzalimi tubuh badan mereka. Akan tetapi, ibu2 yang suka2 tidak berpantang juga turut akan disoal.

Isu berpantang ni bukan semata2 untuk jadi awet muda, cantik, ramping dan dara semula semata2. Ia adalah tuntutan kesihatan.

Banyak kes yang datang mengurut dengan saya, seawal pertengahan 20an sudah ada simptom kentut faraj, mudah terkencing bila bersin atau batuk, tak mampu berdiri lama kerana sakit lutut dan tumit. Lalu bagaimana untuk solat? Takkan usia baru menginjak 30an kena pakai pampers dan solat duduk?

Jadi, aturan berpantang ni kita niatkan demi tubuh badan yang sihat supaya mudah kita beribadat kepada Allah S.W.T.

Dan bagi ibu2 yang berpantang tanpa bayi di sisi. Berpantanglah. Jaga sebaik2nya rahim yang baru meneran atau dilapah untuk keluarkan bayi anda. Tanam niat supaya rahim anda sihat walafiat untuk mengandung lagi. Jika rahim tak sihat, akan berlaku banyak komplikasi ketika kehamilan yang akan datang.

Dan berikut adalah adab2 buat kaum keluarga yang menjaga ibu2 dalam pantang kematian anak.

Suami :

  • Hormati pilihan isteri untuk berpantang dirumah siapa. Rumah ibu kamu atau rumah ibu mentua, biarlah isteri yang tentukan. Isteri anda memerlukan sokongan dan persekitaran yang selasa bagi dia menjalani tempoh berpantang. Ingat…bukan anda yg kena duduk rumah 44 hari. Tapi dia.
  • Kawal pelawat isteri. Jika anda tahu makcik anda/isteri jenis mulut mami jarum, elakkan makcik ini datang menziarah. Biarlah dikatakan sombong asalkan isteri anda tak meroyan. Kalau isteri kamu dah meroyan, umpama kamu hidup dengan orang gila tau tak. Kamu boleh diherdik, dimarah sesuka hati. Atau sepanjang masa isteri kamu mudah menangis dan lemah semangat. Yang susah nanti kamu juga.
  • Hormati privacy isteri. Jika dia tidak mahu bercakap, jangan dipaksa. Pastikan anda sentiasa duduk bersama dia..meskipun di dalam diam.
  • Pastikan isteri anda berpantang dan makan ubat herba. Berpantang ni untuk badan dan rahim isteri kembali kuat dan bertenaga. Dan juga untuk elakkan isteri anda terkena bentan. Ubatan herba pula cari yang mampu membantu mengimbangi hormon ibu lepas bersalin kerana hormon banyak memainkan peranan penting dalam kesihatan mental seorang ibu. Saya syorkan Akar Herbanika dan Phyto Natal dari Nona Roguy (NR) yang terbukti mampu imbangi hormon wanita selepas bersalin.
  • Benar anda juga bersedih. Tetapi kena ingat sedih anda, anda mampu keluar rumah untuk menenangkan hati anda manakala isteri anda terpaksa terperuk dalam rumah berpantang tanpa anak. Bukan saya maksudkan kena bawa isteri cuti keluar negara tetapi cukuplah sekadar mencukupkan keperluan isteri dirumah. Jika isteri minta barang atau benda makan jangan bertangguh. Berikan sepenuh perhatian kepada isteri.
  • Jangan tinggalkan isteri sendirian tanpa jagaan. Lebih2 lagi hari2 terawal selepas bersalin sehingga anda benar2 pasti isteri sudah mampu menerima kenyataan. Jika terpaksa ambil cuti tanpa gaji, ambillah. Ingat. Segala pengorbanan buat isteri dan anak2 tanpa mempertikaikan duit pendapatan akan Allah balas dengan 1001 kemudahan yang lain.

Ibu bapa

  • Meskipun atas dasar tanggungjawab, elakkan membebel pada anak ketika mereka dirundung masalah.
  • Jangan bercerita perihal anak anda dihadapan sedara mara yg datang bertandang.
  • Jangan paksa si ibu menerima kenyataan! Anak anda sedang bertarung perasaan dengan sebuah kehilangan. Berikan dia masa untuk berfikir dan bertenang.
  • Jangan berebut nak jaga anak / menantu dalam pantang. Berikan hak pilihan pada anak/ menantu sepenuhnya. Kalau anda bukan pilihan mereka, terima dengan hati terbuka. Jangan dibebankan si anak tadi dengan masalah anda yang sentap tak bertempat. Dia mungkin ada alasan tersendiri.
  • Kalau anda yang jaga anak/menantu anda, manjakan. Jangan suruh mereka makan. Tapi suapkan. Kerana ibu2 ni memang tak akan ada selera makan. Jangan suruh mereka tidur semata2. Pasangkan alunan ayat AlQuran dan teman mereka tidur. Ingat. Inilah peluang kita dapat extra point of pahala kerana meringankan kesakitan lara hati si anak/menantu. Have high empathy bila jaga ibu yang kematian anak.

Adab menziarah ibu kematian anak

  • Jangan berkata “SABARLAH”. Sebab kalau dia tak sabar…anda dah menghadap jenazah dia dah…bukan jasad bernyawa dia. Dia tgh bersabarlah dia masih hidup. Kata2 yg pernah diucapkan pada saya yang amat menenangkan saya ialah “Akak doakan Allah berikan kekuatan buat Ice utk tempuhi kerinduan pada arwah” True enough. Kami bukan tak redha. Tapi kami rindukan anak kami yang dah tiada. Paling tidak pun DIAM. Jangan sibuk jadi reporter tanya ibu tu macam mana anak dia meninggal semua. Ni bukan rancangan 999.
  • Jangan datang buat2 riuh kononnya taknak ibu tu bersedih. Pleaselah. Semua orang perlukan masa untk bersedih. Duduk senyap2 blh x?
  • Sms dulu boleh datang melawat ke tidak. Jangan terus sergah gate rumah dia. Kalau dia senyap atau kata NO jangan sentap. Bagi masa kawan kalian tenang dahulu. Datang bila diminta sahaja. She is dealing with the loss of her baby…not her handbag.
  • Bila datang….baca banyak2 surah Al – Insyirah (senyap2 je) dan sembuh pada ibu (pun senyap2 je) sepanjang waktu ziarah. Doakan kekuatan buat si ibu.

Dalam ertikata lain, ibu-ibu:

  • Jangan ikutkan sangat hati.
  • Jangan sia2kan pemergian anak sebagai saham akhirat kita.
  • Kuatkan jiwa.
  • Kukuhkan iman.
  • Allah duga sebab Dia sayang.

Anak anda hidup atau tidak lepas dilahirkan, pantang tetap pantang.

Insyallah…akan ada rezeki yang lain dan semoga anda sentiasa sihat dan cergas untuk menguruskan anak2 yang Alah titipkan buat kita selepas itu.

Sumber: Siti Aishah



Kredit kepada Oh My Media TV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.