‘Salah Ke Kalau I Nak Kahwin Dengan Hubby You Kalau Sudah Jodoh?’
Saya ingin bertanya kepada semua kenapa bila isu org ketiga timbul kebanyakkan kalian sangat beremosi?
Kami juga tidak mahu untuk menjadi orang ketiga. Selalu diminta dijauhkan dari suami orang, tapi takdir tuhan kita tidak boleh menduga.
Saya berkenalan dengan seorang lelaki, sama tempat kerja, sedap mata memandangg, baik dan penyabar, punyai isteri dan sepasang cahaya mata.
Kami sudah menjalinkan hubungan tiga tahun lamanya tanpa pengetahuan isterinya. Semuanya bermula sebagai teman biasa, tapi melihat sikapnya itu, saya telah jatuh cinta tanpa saya sendiri sedari.
Dia tidak pernah memburukkan isterinya seperti kebanyakkan lelaki lain, malah sangat menyayangi keluarganya. Saya akui, saya mahu lebih daripada hubungan sebagai pasangan kekasih, tapi bila saya bersuara, dia cakap, tunggu dulu kerana banyak perkara yang harus dipertimbangkan.
Mungkin isterinya tidak mahu bermadu padahal saya tidak pernah mintak dia tinggalkan keluarganya, hanya ingin menumpang kasih dan tidak pernah berniat untuk merosakkan rumahtangga orang lain.
Tetapi aku selalu memberikan gambaran orang ketiga ini sebagai perosak, perampas, menganggap suami hak mutlak mereka. Saya tau akan dikecam tapi yang ingin menyuarakan isi hati pada orang diluar sana.
Jangan pandang kami seperti sampah, kami juga punya perasaan, salah kami hanya terlanjur cintakan suami anda.
Kredit kepada Oh My Media TV
Post a Comment