Sayang Muka Cantik Tetapi Kenapa Jadi Penipu Dik?
Tergamak seorang remaja wanita menipu seorang peniaga online sebanyak RM970. Namun tidak dinafikan juga bahawa apa yang terjadi itu juga kecuaian diri.
Walaupun begitu, perlukah menipu peniaga untuk menjadikan diri kita itu cantik?
Nur Nazirah Aleeya, mengalami kerugian sebanyak RM970 kerana terlalu mempercayai pelanggannya yang bernama Nazamira Noraiana.
“Ya Allah, macam-macam cara manusia ini nak menipu. Ada yang sanggup bagi detail payment palsu. Total kerugian semua RM970.
“Memang silap Nur sebab percaya dan tak check balik kemasukkan pembayaran dalam akaun bank oleh perempuan ini. Sedih sebab kaum sendiri yang buat begini,” katanya yang turut memberikan peringatan kepada peniaga online yang lain agar berhati-hati.
Beberapa peniaga online yang lain juga turut tampil mendedahkan bahawa individu yang sama juga telah cuba memperdayakan mereka sebelum ini.
‘ ‘ ‘ ‘ ‘‘ ‘ ‘ ‘‘ ‘ ‘
Sumber : TheCoverage-BM
Kredit kepada Oh My Media TV
Post a Comment