Hi! Welcome Back and Stay Tune! ” Isteri Kau Dah Mengandung kan.. Memang Kau LELAKI SEJATI” Jawapan Doktor Ini Tentang LELAKI SEJATI Buat Ramai TERSENTAP !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

” Isteri Kau Dah Mengandung kan.. Memang Kau LELAKI SEJATI” Jawapan Doktor Ini Tentang LELAKI SEJATI Buat Ramai TERSENTAP !!!

” Isteri Kau Dah Mengandung kan.. Memang Kau LELAKI SEJATI” Jawapan Doktor Ini Tentang LELAKI SEJATI Buat Ramai TERSENTAP !!! | SIAPA LELAKI SEJATI…

htfh

Semasa awal pernikahan, cabarannya yang banyak kadangkala membuatkan kami terasa beratnya amanah sebuah perkahwinan. Adakah keputusan kami untuk bernikah pada usia awal 20-an yang masih di bangku pengajian universiti di Australia adalah keputusan yang salah?

Susah-payah dan jerih-perih itulah menjadi penghias cerita cinta kami selepas bernikah dan mematangkan kami; bagaimana menguruskan rumah sewa, makanan minuman, pakaian dan keperluan hidup yang lain. Ditambahkan pula status pelajar yang memerlukan pengurusan komitmen dan tanggungjawab yang tinggi, kemahiran dan kematangan yang positif. Alhamdulillah, kami berjaya dalam bidang pelajaran masing-masing. Rezeki walaupun bukan setinggi gunung, tetapi sentiasa cukup dan membuahkan rasa syukur tidak terhingga.

Seronoknya bercinta dengan isteri adalah sebaik-baik keseronokan. Kebahagiaannya tidak sama dengan ‘indahnya’ percintaan dengan awek dan girlfriend. Perbezaannya jauh bagai langit dan bumi.

Saya perlu fokus pada amanah akademik ketika itu (tahun akhir pengajian Honours) dan pada masa yang sama inilah masa ‘honeymoon’ untuk mengenali hati budi pasangan dan sebagainya. Jadi kami ‘menunda’ kehamilan. Bukan terpaksa, tetapi mengharapkan yang terbaik.

Bukan sedikit orang yang bertanya bila isteri nak ‘berisi’ setelah lebih 6 bulan kami bersama. Bunyi macam cliche, kan? Mahu atau tidak mahu, inilah realitinya. Tidak salah bertanya. Cuma kata-kata yang mengaitkan dengan kesuburan, ‘tak cukup jantan’ dan ‘belum boleh kata lelaki sejati’ menumbuhkan perasaan kecewa.

Ada satu kali saya TERmarah orang;
“Eh, kau dah 10 bulan kahwin, kan? Aku dengar isteri kau mengandung sekarang. Betul ke?” sapa seorang kawan. Bernada curious.
“Betul. Hampir 10 bulan dah kami nikah, alhamdulillah. Hari tu pergi check di klinik, alhamdulillah isteri mengandung. Baru lagi, baru 6 minggu…” saya menjawab dengan tenang. Ada gelojak perasaan kerana gembira akan bertambahnya ahli keluarga kami dengan kelahiran buah cinta kami, tetapi saya sembunyikan kerana tidak mahu tampak melebih-lebih.
“Akhirnya… Kau telah membuktikan kau adalah lelaki sejati. Bak kata orang, terbukti kejantanan kau,” jawabnya penuh gaya macho.
Saya tersentak.
Saya menjawab secara spontan dengan cepat dan suara jelas, “Macam tu ke maksud lelaki? Lelaki yang rogol anak gadis orang sampai mengandung luar nikah tu dikira jantan dan lelakilah?”

Kalau pun hanya bergurau, kata-kata tersebut tidak disebut pada masa yang sesuai. Pasangan suami isteri manalah yang tidak mahukan zuriat kerana hampir semuanya pasti mahukan anak. Tetapi bukan semua pasangan mudah mendapatkannya. Ada yang tunggu bertahun-tahun baru mendapat anak. Ada yang sampai ke sudah tidak ada anak. Ada pasangan yang berusaha pelbagai cara, ubat dan rawatan, bahkan segala wang sudah dibelanjakan ke arah mendapatkan anak. Namun, tidak berhasil. Tidak kurang pula ada pasangan yang merancang kehamilan kerana sebab-sebab tertentu.

Adakah kerana tidak ‘membuatkan’ isterinya mengandung maka si lelaki itu tidak cukup sifat kelelakian dan tidak terbukti kejantanan?

Bacalah buku mana pun, tidak disenaraikan bahawa sifat lelaki sejati adalah berjaya ‘membuatkan’ isterinya mengandung. Sebaliknya, definisi sebegini hanyalah mainan masyarakat yang tidak sensitif kepada perasaan orang lain.

1) Lelaki sejati adalah lelaki yang MEMBACA

Bukan membaca Facebook, Twitter, Instagram dan Whatsapp.

Tetapi membaca buku-buku dan bahan ilmiah yang boleh menyelamatkannya dari melakukan kesilapan-kesilapan bodoh dalam hidupnya. Lelaki sejati belajar dari bacaan yang menyedarkannya tentang matlamat kehidupan, memberi inspirasi untuknya berusaha menggapai kejayaan dan mengeluarkannya dari kepompong nafsu dunia.

Dia tahu apa yang bersifat sampah dan membuang masa. Dia tahu membezakan apa yang baik daripada perkara-perkara buruk kerana dia punya ilmu.

Walau sesukar mana pun lelaki sejati belajar dan mencari ilmu untuk kebaikan. Bukan berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa.

Rasulullah bersabda,: “ Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al Qur’an dan mengajarkannya“ (Hadis Tirmizi dan Ibnu Majjah)

2) Lelaki sejati adalah lelaki yang mengutamakan KELUARGA

Lelaki sejati menjaga dan melindungi ahli keluarganya. Tidak mengabaikan sesiapa dan berusaha menyediakan nafkah seboleh mungkin.

“Sebaik-baik kamu adalah yang paling kepada keluarganya dan aku paling baik terhadap keluargaku “ (Hadis Ibnu Asakir)

Lelaki sejati memberikan yang terbaik buat isteri dan anak-anaknya. Dia memberikan yang terbaik buat ibu bapa dan keluarganya. Dia bersikap terbaik buat keluarga mertuanya.

Lelaki sejati menjaga silaturrahim dan ukhwah sesama manusia.

3) Lelaki sejati adalah lelaki yang MENGHORMATI SEMUA WANITA

Seorang lelaki sejati tidak akan bercerita tentang kecantikan seorang wanita kepada seorang lelaki lain, betapa seksinya si dia yang bertubuh sebegitu, berkulit sebegini.

Seorang lelaki sejati menghormati wanita lain sepertimana dia menghormati ibu, kakak dan adik perempuannya. Tiada gaya menggoda dan tiada percakapan meleret-leret yang tidak berpatutan.

Dia mendapatkan wanita untuk dijadikan isterinya, bukan dijadikan awek, girlfriend atau teman wanita secara suka-suka.

Apabila bergelar suami, dia tidak lagi ‘melihat’ wanita lain. Dia menghormati dan menyayangi isterinya tidak kira waktu dan tempat.

4) Lelaki sejati adalah lelaki yang BERMATLAMAT dan SEDAR DIRI

Lelaki sejati tahu hidupnya di dunia adalah bersifat sementara kerana destinasi akhirnya adalah akhirat dan syurga Allah swt. Dia tidak leka pada hasutan dunia dan jelas matlamatnya. Sebab itulah dia menyediakan masanya untuk memperbaiki dirinya, menyebarkan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Dia menjaga keluarganya agar tidak menjadi bahan api neraka.

“Wahai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu…..” Ayat 6 surah at-Tahrim (66)

Lelaki sejati mengurus masanya dengan bijak dan membuat perancangan untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan hidup. Dia tidak berlengah-lengah dan bersikap acuh tidak acuh kerana dia sedar kebahagiaan hidup hanya dimiliki oleh orang yang bersungguh-sungguh.

Jikalau dia perlu menjadi seorang pengutip kayu api atau seorang penyapu sampah untuk menyara keluarganya, lelaki sejati akan melakukannya kerana dia sedar tanggungjawabnya. Jika dia adalah seorang CEO atau bos besar di syarikat berpengaruh dunia, dialah pemimpian dan pekerja terbaik, jujur amanah dan tidak menyusahkan orang lain. Dia mengurus hartanya dan membelanjakannya dengan iman.

5) Lelaki sejati adalah lelaki yang SABAR dan SYUKUR

Lelaki sejati bukan lembik dan mudah ditindas-tindas. Dia berhati-hati dalam tindakannya. Apabila dicabar, dia mengawal kemarahannya seperti dia mengurung seekor singa di dalam sebuah sangkar. Singa ‘kemarahannya’ hanya mengaum dan dilepaskan pada masa-masa tertentu dan diperlukan sahaja.

Dia bukan mudah putus asa dengan ujian hidup. Tetapi dia sabar.

Dia bukan mengeluh dengan kekurangan. Tetapi dia bersyukur apa yang ada.

“Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami” ayat 24 surah Sajadah (32).

Kerana lelaki sejati itu pemimpin, bukan petualang.

KESIMPULAN

Lelaki sejati adalah seorang lelaki yang tahu 5 sifat (contoh) di atas tidak mustahil dan boleh dikecapi.

Anak adalah anugerah Allah swt kepada pasangan lelaki-wanita. Bukan boleh dibuat sendiri, bukan boleh dibeli di pasar malam dan tidak ditentukan oleh ‘jantan’nya si suami semasa hubungan intim. Jadi ‘kejayaan’ seseorang wanita itu mengandung bukan kerana jantannya seseorang suami dan betinanya seorang isteri. Tetapi rezeki, amanah dan anugerah daripada Allah swt.

Betulkan kata-kata kita. Kerana kata-kata kita yang buruk boleh memakan diri kita sendiri.

Foto ‪#‎Throwback‬ di KL Sentral, semasa kami sedang menunggu kelahiran buah hati pertama kami, yang akhirnya lahir pada 1 Jul 2011 dan kami namakan ST. Masa ni saya masih kurus 46kg je masa ni.

Sumber : Syahr Musafir

P.S. 1 – Pagi Raya. Aku Lafaz CERAI Isteri Di Hadapan Semua Adik Beradik Hanya Kerana AIR !!!
P.S. 2 – Terkini Bom Madinah. Inilah Tindakan 4 Polis Terhadap Pengebom Berani Mati Sebelum Mereka Syahid !!!
P.S. 3 – ”Aku Solat 5 Waktu Tak Lawan Mak Ayah, Kenapa AKu Yang Kena??” Wanita Ini MERAUNG Akibat Perbuatan Suami !!!
P.S. 4 – Pernah Bergelar Raja Permaisuri Agung. Selepas 15 Tahun Inilah Kehidupannya Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 5 – Bazar Ramadan. Apa Yang Dibawa Oleh Van Ini MENGEJUTKAN Ramai !!!

The post ” Isteri Kau Dah Mengandung kan.. Memang Kau LELAKI SEJATI” Jawapan Doktor Ini Tentang LELAKI SEJATI Buat Ramai TERSENTAP !!! appeared first on SEMASA VIRAL.



from SEMASA VIRAL http://ift.tt/2ba0mQC


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.