Hi! Welcome Back and Stay Tune! Iklan Facebook Akan Kekal Dipaparkan Walaupun Anda Menggunakan Ad-Blocker - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Iklan Facebook Akan Kekal Dipaparkan Walaupun Anda Menggunakan Ad-Blocker

Facebook hari ini berkongsi sedikit kemaskini berkaitan pengiklanan pada laman sosial mereka, dan pada masa yang sama menyentuh mengenai penggunaan ad-blocker dikalangan pengguna.

Facebook mengatakan selepas ini iklan mereka akan kekal dipaparkan kepada pengguna web, walaupun menggunakan penghalang iklan pada pelayar web. Facebook menjayakan perkara ini dengan penggunaan HTML untuk iklan yang menyerupai kandungan organik pada laman web berkenaan.

Untuk makluman, kebiasaannya penghalang iklan pada pelayar web akan mengenal-pasti kandungan daripada sesuatu subdomain yang memaparkan iklan. Dengan membuatkan penggunaan domain iklan serupa dan menjadikan ia menyerupai kandungan organik pada laman berkenaan, ia akan membuatkan iklan kekal dipaparkan walaupun penghalang iklan digunakan.

Pada masa yang sama, Facebook turut menekankan yang mana kini pengguna diberikan lebih kawalan dalam jenis iklan yang dipaparkan kepada pengguna.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2aJ3TZu

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.