QuadRooter – Masalah Sekuriti Baru Pada Peranti Android Dengan Cip Qualcomm
Dengan lebih daripada satu bilion peranti Android yang digunakan pada hari ini, ia menjadi salah satu masalah serius apabila sesuatu kerentanan baru ditemui. Terkini, satu lagi masalah sekuriti baru hadir pada peranti Android, terutamanya yang menggunakan cip pemprosesan Qualcomm.
Dinamakan sebagai QuadRooter, ia dikatakan memberikan kesan terhadap lebih daripada 900 juta peranti seluruh dunia yang menggunakan cip pemprosesan Qualcomm.
QuadRooter ini mengambil kelebihan empat eksploit yang terdapat pada kod Qualcomm, sekaligus mendapatkan akses root pada peranti Android berasaskan kepada cip Qualcomm. Melaluinya, ia membolehkan akses kepada pelbagai data pada peranti dicuri, termasuk boleh mencuri dengar panggilan, mengakses kamera, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, buat masa ini masih tiada godaman yang dilakukan melalui eksploit QuadRooter ini.
Seperti ramai sedia maklum, kebanyakkan peranti Android tidak akan menerima kemaskini sekuriti – sekaligus menjadikan ia sebagai salah satu masalah besar. Malah, untuk pengguna Nexus, hanya tiga eksploit telah diatasi buat masa ini, dan terdapat satu lagi yang hanya dijangka diatasi sekitar September kelak.
Bagi para pengguna peranti Android, anda dinasihatkan untuk tidak memasang aplikasi daripada pihak ketiga atau secara manual – sebaliknya hanya memasang aplikasi rasmi daripada Google Play Store. Anda juga boleh lebih berhati-hati dengan memastikan anda memuat-turun sesuatu aplikasi tersebut daripada penerbit yang sah dan bukannya sebaliknya.
Sekiranya anda menggunakan peranti Android, dan ingin menyemak sama ada telefon atau tablet anda terdedah kepada masalah QuadRooter ini, anda boleh memuat-turun aplikasi QuadRooter Scanner dan mengimbas peranti anda hari ini.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2b8KQrr
Post a Comment