Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mungkinkah iPhone 2017 Akan Membawakan Rekaan Kerangka Berasaskan Kaca? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mungkinkah iPhone 2017 Akan Membawakan Rekaan Kerangka Berasaskan Kaca?

Pada hari ini, pelbagai pengeluar peranti hadir dengan rekaan peranti berasaskan logam – sementara pengeluar seperti Samsung yang menawarkan kelainan dengan rekaan berasaskan kaca untuk peranti flagship mereka. Terkini, hadir laporan baru mengatakan Apple mungkin hadir dengan rekaan iPhone berasaskan kaca pada tahun 2017 kelak.

Laporan ini hadir daripada Nikkei yang mengatakan Foxconn sedang membangunkan kerangka kaca untuk iPhone yang dijangka digunakan pada tahun 2017 kelak.

Foxconn merupakan kilang utama dalam pengeluaran iPhone, dan mereka sering mendapatkan beberapa teknologi khusus untuk digunakan pada telefon pintar Apple berkenaan. Namun, pada masa yang sama, Foxconn juga turut mengeluarkan peranti untuk pengeluar lain – dan masih terdapat kemungkinan yang mana kerangka kaca ini digunakan oleh pengeluar lain dan bukannya Apple.

Apple sebelum ini telah dikatakan akan menggunakan rekaan iPhone yang serupa seperti dua generasi lepas pada iPhone baru ini. Rekaan baru iPhone dijangka diperkenalkan pada tahun hadapan, dan semestinya ramai yang menantikan penggunaan rekaan baru kelak.

Ia tidak diketahui sekiranya benar Apple akan lari daripada penggunaan logam untuk peranti mereka. Sekiranya benar, adakah kita akan turut melihat integrasi pengecasan tanpa wayar pada telefon pintar Apple pada 2017?






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2bcl6HB

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.