Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pelancaran Galaxy Note 7 Di Malaysia Ditangguhkan Ke Bulan September 2016 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pelancaran Galaxy Note 7 Di Malaysia Ditangguhkan Ke Bulan September 2016

Samsung Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menjadualkan pelancaran telefon pintar Galaxy Note 7 ke bulan September 2016 – disebabkan oleh kekurangan stok pada peringkat global.

Galaxy Note 7 merupakan telefon pintar terbaru daripada Samsung, dan pada awalnya ia telah dijadualkan untuk pelancaran pada minggu hadapan, 19 Ogos 2016. Tarikh baru pelancaran Galaxy Note 7 masih tidak diketahui buat masa ini.

Samsung Galaxy Note 7

Walaubagaimanapun, pihak Samsung Malaysia mengatakan mereka akan menepati janji untuk pembeli yang membuat pembelian melalui pra-tempahan yang telah diadakan pada awal minggu ini, dan menghantar unit Galaxy Note 7 kepada mereka pada tarikh yang dijanjikan.

Galaxy Note 7 membawakan sokongan S-Pen, dilengkapi dengan fungsi kalis air, pengimbas mata dan beberapa ciri-ciri tambahan lain. Ia berharga RM3199 di Malaysia. Dengan pengumuman terbaru daripada Samsung ini, mungkin anda yang menantikan ia untuk dibeli daripada kedai atau selepas dilancarkan, boleh nantikannya pada bulan September kelak.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2aLiUdu

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.