Hi! Welcome Back and Stay Tune! Telekom Malaysia Memperlihatkan Sokongan Tayangan HyppTV Pada Resolusi 4K - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Telekom Malaysia Memperlihatkan Sokongan Tayangan HyppTV Pada Resolusi 4K

Perkembangan pada arena video memperlihatkan beberapa penyedia telah memulakan siaran pada resolusi 4K, malah di Jepun, mereka turut telah memulakan ujian pada resolusi 8K. Terkini, di Malaysia, Telekom Malaysia menjadi terawal untuk menguji siaran video pada resolusi tinggi melalui HyppTV.

HyppTV 4K

Melalui ujian yang dilakukan di Sunway Pyramid, Telekom Malaysia telah mempertontonkan kebolehan penyiaran saluran di HyppTV pada resolusi 4K. Untuk tujuan ini, Telekom Malaysia menggunakan kandungan Sukan Olimpik Rio 2016, dan turut menayangkan ia secara terbuka di Sunway Pyramid daripada hari ini sehingga 23 Ogos 2016 ini.

Telekom Malaysia mengatakan perkara ini dapat direalisasikan melalui penggunaan jalur lebar Unifi dan juga bantuan teknologi Huawei untuk rangkaian IPTV.

Buat masa ini, Telekom Malaysia lebih kepada mempertontonkan kebolehan siaran pada resolusi 4K, dan mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum ia ditawarkan kepada pengguna – apatah lagi memerlukan kelajuan internet yang lebih pantas supaya dapat menikmati penyiaran tanpa sebarang gangguan.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2bf1i8t

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.