Samsung Dilaporkan Menguji Cip Exynos Dengan Rekaan 10nm Pada Kelajuan Sehingga 4GHz
Samsung selain mengeluarkan telefon pintar, mereka juga turut terkenal dengan pengeluaran cip pemprosesan dibawah jenama Exynos. Setiap peranti flagship Samsung terbaru dijana dengan cip pemprosesan ini, dan adakalanya versi yang menggunakan Exynos beroperasi dengan lebih baik berbanding dengan Snapdragon daripada Qualcomm.
Terkini, dengan perkembangan cip pemprosesan dari hari ke hari, Samsung dilaporkan sedang dalam fasa ujian untuk cip pemprosesan Exynos terbaru mereka, Exynos 8895 dengan rekaan pemprosesan 10nm. Versi ujian dikatakan mencapai kadar kelajuan sehingga 4GHz – namun, seperti biasa, versi akhir akan membawakan kadar kelajuan yang lebih rendah dan disesuaikan untuk penggunaan peranti mudah-alih.
Laporan awal juga turut mengatakan melalui penggunaan rekaan pemprosesan 10nm, ia menawarkan peningkatan prestasi sehingga 30% berbanding dengan cip Exynos 8890 sedia ada.
Pihak Samsung masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi, atau mengesahkan mengenai pembangunan cip generasi baru mereka. Namun, dengan beberapa pihak seperti MediaTek yang sedang melihat kepada rekaan cip berasaskan 10nm, tidak mustahil untuk Samsung melakukan perkara sama.
Sekiranya semua berjalan seperti dirancang, mungkin kita akan melihat penggunaan cip pemprosesan terbaru Exynos ini pada flagship 2017 kelak.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2b6cWBV
Post a Comment