Hi! Welcome Back and Stay Tune! Oppo F1s Dilancarkan Di Malaysia – Telefon Selfie 16MP Pada Harga RM 1198 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Oppo F1s Dilancarkan Di Malaysia – Telefon Selfie 16MP Pada Harga RM 1198

Salah satu jenama yang semakin popular dikalangan pengguna tempatan adalah Oppo. Hanya beberapa tahun lalu mereka telah menghadirkan telefon flagship mereka dan kini Malaysia menjadi salah satu pasaran utama mereka. Bagi segmen peranti dalam lingkungan harga RM900 hingga RM 1300, Oppo memegang 40% pasaran tersebut. Hari ini mereka telah menghadirkan telefon selfie terkini mereka iaitu Oppo F1s.

Oppo F1s merupakan kesinambungan dari model selfie mereka yang terpopular, iaitu F1. Pada Oppo F1s, kamera hadapannya mempunyai sensor sebesar 16MP f/2.0. Teknologi Beautification 4.0 turut diimplementasikan padanya dengan mod ‘Beautification’ yang boleh diubah sebanyak 7 tahap. Terdapat juga lampu LED Flash dan proses selfie juga boleh diaktifkan menerusi kawalan suara dan juga gerakan tangan. Bagi kamera utama, sensor yang digunakan adalah 13MP f/2.2 dengan pemfokusan PDAF dan juga terdapat pengimbas cap jari dibawahnya.

IMG_0376

Oppo F1s-launch -IMG_2357

Antara spesifikasi lain Oppo F1s yang menyokong penggunaan dwi-SIM ini termasuklah ia dijana oleh cip pemprosesan MediaTek MT6750 1.5GHz lapan-teras, dan 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Ia boleh ditambah dengan kad Mikro-SD sehingga 128GB. Ia mempunyai paparan skrin bersaiz 5.5-inci serta kapasiti bateri sebesar 3075 mAh.

Peranti ini akan ditawarkan pada harga RM 1,198 dan akan hadir pada beberapa pilihan warna iaitu emas dan merah jambu emas. Ia boleh dipra-tempah bermula hari ini sehingga 19 Ogos di laman web mereka serta cawangan rasmi Oppo dan akan mula menjualnya pada 20 Ogos dan salah satu tempat utama adalah di Mid Valley Megamall.

Pra-tempah: Oppo F1s






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2b2zPUa

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.