Hi! Welcome Back and Stay Tune! PM Kanada Benar Polis Wanita Muslimah Berhijab - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PM Kanada Benar Polis Wanita Muslimah Berhijab

OTTAWA – Royal Canadian Mounted Police (RCMP) yang bergabung dalam pasukan polis kebangsaan Kanada membenarkan pemakaian seragam dengan hijab bagi anggota wanita Muslimah, menurut laporan media tempatan.

Jurucakap kerajaan, Scott Bardsley menyatakan bahawa langkah kebenaran itu bertujuan untuk memperlihatkan kepelbagaian masyarakat majmuk Kanada dan menarik perhatian lebih banyak remaja wanita Muslim untuk tampil menyertai pasukan polis setempat.

Pakaian seragam anggota RCMP terkenal dengan topi berpinggiran lebar yang bentuknya tidak pernah berubah sejak dua abad lalu. Data terbaharu menunjukkan jumlah anggota polis wanita mencapai satu perlima daripada keseluruhan bilangan anggota pasukan tersebut.

Meskipun demikian, belum diketahui berapa ramai anggota polis wanita RCMP khasnya beragama Islam yang bakal mengenakan hijab setelah kebenaran khas itu diluluskan Perdana Menteri Kanada, Justin Tredeau susulan menang pilihan raya umum pada akhir tahun lalu.

Tiga jenis hijab telah diuji cuba dan kemudian dipilih salah satu kerana dianggap paling sesuai untuk suasana lasak dengan pekerjaan polis, selain mengambil kira pengalaman kejayaan pemakaian turban kepala oleh anggota lelaki yang beragama Sikh sejak 16 tahun lalu.

Menurut akhbar berpengaruh Montreal, La Presse, sebuah memo dalaman RCMP menyatakan jika diperlukan dalam senario tertentu, pemakaian penggunaan hijab tersebut ketika waktu tertentu khasnya kecemasan dapat segera dicabut dalam masa singkat tanpa masalah.

Pekeliling unifom khas RCMP itu juga menerangkan, langkah itu dijangka tidak mengganggu tugas harian petugas malah ia mula diterapkan secara perlahan dan berperingkat sejak awal tahun ini tanpa dipacu oleh permintaan daripada anggota polis wanita Muslim sendiri.

Bahkan sejak dua tahun lalu tanpa sebarang publisiti, kira-kira 30 anggota polis di seluruh Kanada sebenarnya sudah diberikan kelonggaran khas menutup rambut mereka di bawah peraturan khas atas alasan sama ada keagamaan atau kebudayaan, lapor akhbar tempatan.

Sebahagian besar kes pula melibatkan permintaan daripada anggota lelaki yang mahu menyimpan janggut. RCMP menjadi pasukan polis tempatan yang ketiga di Kanada membenarkan hijab sebagai pilihan dalam pakaian seragam, setelah Toronto dan Edmonton pada 2013.

Bardsley menjelaskan bahawa polis wanita Muslim di Sweden dan Norway serta beberapa negeri di Amerika Syarikat, telah mengizinkan pemakaian serupa manakala polis metropolitan London sudah lama membenarkan hijab lebih 10 tahun lalu.

Sumber : Agensi/Mynewshub.cc/HAA



Sumber : Oh My Media TV

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.