Hi! Welcome Back and Stay Tune! 12 mati, 60 cedera berdekatan kediaman Duterte - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

12 mati, 60 cedera berdekatan kediaman Duterte

DAVAO: Sekurang-kurangnya 12 orang terkorban dan 60 yang lain cedera selepas satu letupan menggegarkan sebuah kawasan pasar malam di Roxas Avenue di  Davao, Filipina pada Jumaat.

Ketika kejadian, pasar malam itu sesak dengan orang ramai.

Mereka yang cedera dikejarkan ke Pusat Perubatan Selatan Filipina.

Kejadian 10.20 malam itu berlaku tidak jauh dari kediaman presiden Filipina, Rodrigo Duterte, dan juga hotel mewah yang terkenal dalam kalangan pelancong dan ahli perniagaan, kata ketua polis di sini,  Cahterine de la Re seperti dipetik Manila Times malam tadi.

Menurut salah seorang saksi kejadian, letupan disebabkan daripada gas memasak.

Sebaliknya, menurut laporan pihak berkuasa ia mungkin berpunca daripada bom.

Serentak itu, polis mengadakan pemeriksaan di jalan jalan utama menuju ke bandar.

Letupan itu berlaku ketika tentera menggempur kubu Abu Sayyaf di wilayah Sulu.

Sebelum ini, kumpulan pengganas itu mengancam untuk bertindak balas terhadap tentera dan orang awam.

Naib Datuk Bandar, Paolo Duterte berkata, pihak berkuasa akan mengawal keadaan.

“Pada ketika ini, kita tidak dapat memberi jawapan pasti dalang di sebalik kejadian ini, kerana kita sedang mengenal pasti apa yang sebenarnya meledak,” katanya. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.