Hi! Welcome Back and Stay Tune! Liga Super: Pemain Sarawak digantung kerana aksi ganas bantah pengadil - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Liga Super: Pemain Sarawak digantung kerana aksi ganas bantah pengadil

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat pada Khamis lalu telah menjatuhkan penggantungan enam bulan terhadap pemain pertahanan Sarawak, Mohd Hairol Mokhtar kerana berkelakuan “ganas” semasa perlawanan Piala Malaysia di antara Sarawak dan Kedah pada 13 Julai lalu.

Hairol didakwa bertindak demikian ketika melakukan protes terhadap sepakan penalti yang dihadiahkan kepada Kedah pada penghujung separuh masa pertama aksi pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium Darul Aman itu.

Dalam perlawanan tersebut Kedah menewaskan Sarawak 4-3.

Berdasarkan pertuduhan, Hairol telah disabit bersalah kerana melanggar ‘Artikel 51.1 (b) Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘salah laku terhadap pegawai perlawanan’ dan dibaca bersama-sama dengan ‘Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM 2015’ berkenaan ‘perintah keluar padang’.

Atas alasan tersebut, beliau dikenakan hukuman digantung daripada bermain dalam kesemua perlawanan pertandingan bola sepak Malaysia (perlawanan rasmi atau tidak rasmi) selama enam bulan, bermula 1 September 2016 hingga 28 Februari 2017.

Hairol turut didenda sebanyak RM2,000 selain diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama.

Dalam aksi tersebut, Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop turut memprotes keputusan pengadil terhadap Hairol hingga masuk ke dalam padang, sebelum di arah meninggalkan bangku simpanan.

Malah insiden masuk padang itulah yang disalah tafsir dan diviralkan sebagai menyerang pengadil sebelum ini.

Tindak-tanduk pengadil yang mencurigakan itu juga telah menyebabkan David meminta pihak pengurusan memfailkan aduan rasmi terhadap pengadil tersebut.

Rata-rata penyokong Sarawak yang dihubungi hari ini menyifatkan hukuman itu sebagai keterlaluan, kerana jawatankuasa tidak melihat justifikasi daripada keputusan pengadil pada perlawanan tersebut. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.