Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahli yang bermasalah dengan Pas, sila keluar, kata Hadi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahli yang bermasalah dengan Pas, sila keluar, kata Hadi

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  kelihatannya naik angin. Beliau tidak mahu musuh dalam selimut dalam Pas.

Justeru, beliau meminta mana-mana ahli yang mempunyai masalah dengan parti Islam itu supaya  keluar dari parti itu.

Dengan itu, Pas tidak akan diganggu oleh mereka terbabit. Jika perlu, mereka dapat menyertai parti lain. Apabila ahli yang bermasalah sudah tiada, maka, senanglah bagi Pas menentukan haluannya, serta menjalankan setiap rancangan.

“Semua mereka yang ada masalah dengan Pas biar dia keluar daripada Pas, senang sahaja… Keluar (Pas) dan masuk parti lain. Tinggal yang tiada masalah,” katanya di satu majlis di Terengganu.

Hadi berkata demikian ketika mengulas tindakan bekas naib presiden parti itu yang dipecat, Datuk Husam Musa yang kini menyertai Amanah.

Menurut Hadi, sehingga kini tidak ada ahli Pas yang menurut langkah yang diambil Husham  menyertai Amanah.

Bagi Hadi, penyertaan Adun Salor  ke dalam Amanah tidak memberi kesan langsung terhadap Pas, malah beliau bagai memperlekeh kepemimpinan Husam.

Namun, Hadi berkata, pihaknya tidak boleh menghalang keputusan Husam untuk menyertai Amanah kerana ia adalah keputusannya sendiri.

Beliau percaya Pas Kelantan tidak akan tergugat dengan tindakan Husham yang suatu ketika dahulu dianggap sebagai bintang menyinar dalam Pas.

Hadi , bagaimanapun, menyelar tindakan Husam yang menggunakan nama Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menganggap lebih ramai akan mengikuti jejaknya menyertai Amanah jika Allahyarham masih hidup.

“Yang tahu benda akan datang ini Tuhan sahaja, dia (Tok Guru) dah meninggal dunia, orang meninggal dunia ini dengan karamahnya yang terdahulu, akan datang orang lain pula. Itu kenyataan yang jahil agama,” katanya.

Bagai kebudak-budakan, Hadi cuba menangkis dakwaan Husham itu dengan mendakwa  bahawa hubungan beliau sebenarnya lebih rapat dengan Allahyarham Nik Aziz berbanding Husam.

“Saya lebih rapat dengan Tok Guru daripada dia (Husam)… kalau tidak percaya dengar kaset Tok Guru, apa Tok Guru komen tentang saya. (Hubungan) saya lebih rapat dan lebih lama daripada dia (Husam) lagi,” katanya.

Kata seorang teman dalam kumpulan Whatsapp: “Relax la tuan guru, apa nak dirisaukan, siapalah Husham tu. Jangan takut dok diam-diam je dia tu bukan pemimpin bertaraf dunia macam tuan guru pun.Biarkan dia. Bagi can dekat rakyat menilai sendiri. Ada tokoh pemimpinkah si Husham ni. Jangan takut dan jangan gelabah. Nanti apa pula ahli-ahli di bawah tu kata.” – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.