Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tolak diktator bertuhankan individu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tolak diktator bertuhankan individu

KUALA LUMPUR: Presdien Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata,  Islam menolak diktator yang bertuhankan individu atau kelompok atau rakyat, termasuk yang bertopengkan demokrasi, kononnya suara rakyat adalah suara keramat seperti Tuhan atau teokrasi yang bertuhankan agamawan yang bertopengkan agama.

“Semuanya menjadikan dirinya seperti Tuhan, rakyatnya sebagai hamba. Termasuk menjadikan harta dan segala khazanah negara sebagai miliknya yang boleh diambil dengan apa-apa cara dan menggunakannya tanpa batas sempadan halal dan haram,” katanya.

Abdul Hadi berkata, dunia kini mengeluh kerana dikepung dan dikongkong krisis ekonomi dan politik, manakala moral pula dianggap tidak penting.

“Menjadi rungutan masalah kezaliman di sana-sini, pencabulan terhadap hak asasi manusia, rasuah, pembahagian ekonomi yang tidak adil yang mencetuskan kesusahan hidup,” ujarnya lagi.

Kata Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, kekayaan berpusing dalam kalangan tertentu atau disalah guna atau diambil secara salah.

“Maka berlaku kebocoran, sedangkan rakyat yang majoriti berpendapatan rendah  pula tidak saksama dengan harga barangan keperluan yang semakin meningkat,” ujarnya. – Sarawakvoice.com



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.