Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rakyat tak perlu sangsi harga, kualiti produk KR1M, kata Najib - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rakyat tak perlu sangsi harga, kualiti produk KR1M, kata Najib

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat negara ini tidak sangsi dengan harga dan kualiti produk keluaran Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di seluruh negara.

Perdana menteri yang meluangkan masa hampir setengah jam di KR1M Stesen LRT Kelana Jaya di sini berkata kualiti produk KR1M adalah hampir sama dengan produk berjenama lain malah harganya lebih menjimatkan.

“Tujuan saya buat tinjauan hari ini adalah untuk mengesahkan perkara ini dan saya dapat buktikan melalui pembelian lima produk sama keluaran KR1M dan lima produk berjenama lain.

“Bila dikira produk berjenama harganya RM38.60 manakala produk KR1M pula berharga RM25.10. Bezanya RM13.50.

“Saya dapat mengesahkan melalui tinjauan hari ini memang dasar kerajaan untuk membuka KR1M benar-benar dapat bantu rakyat menjimatkan perbelanjaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di KR1M Stesen LRT Kelana Jaya.

Ketika tinjauan itu, Najib membeli susu pekat, minuman kordial, minuman coklat, pencuci pinggan mangkuk dan bihun.

Najib berkata penjimatan lebih banyak dapat dinikmati rakyat sekiranya membuat pembelian dalam kuantiti yang banyak di KR1M.

“KR1M diwujudkan di seluruh negara untuk memberi pilihan kepada rakyat di mana produk keluaran KR1M adalah lebih rendah daripada jenama lain,” katanya yang sebelum ini merasmikan KR1M cawangan itu pada Jun 2011.

Mengenai penambahan cawangan KR1M di seluruh negara, Najib berkata kerajaan akan meneruskan perancangan untuk menambah jumlah kedai itu selain menambah baik kedai sedia ada dari semasa ke semasa.

“Kita sedia maklum kos sara hidup selalu disebut sebagai suatu isu yang dihadapi rakyat sebab itulah kerajaan telah membuka 175 buah KR1M di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu Pengarah Urusan Mydin Datuk Ameer Ali Mydin berkata sejak dibuka pada 2011, permintaan terhadap produk keluaran KR1M terus meningkat di semua cawangan lain.

Katanya permintaan itu disebabkan kualiti produk KR1M yang memenuhi kehendak pengguna walaupun dijual pada harga lebih murah berbanding jenama lain.

“Keseluruhan barangan di kedai ini sekitar 3,000 dan daripada jumlah itu 285 produk merupakan keluaran KR1M yang sentiasa mendapat permintaan sehingga perlu ditambah stok setiap minggu,” katanya.

Amer Ali berkata sehingga kini pihaknya tidak pernah menerima maklum balas negatif daripada orang ramai berhubung harga mahupun kualiti produk KR1M kerana apa yang ditawarkan memberi penjimatan kepada orang ramai terutama mereka yang dibebani kos sara hidup. – Bernama



Kredit : SarawakVoice.com

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.